Langkawi antara destinasi percutian paling popular di Malaysia. Namun tahukah anda kini anda boleh bawa kereta sendiri ke Langkawi.
Ikuti perkongsian Mohd Khairol Haswadi tentang cara paling jimat untuk bawa kereta sendiri ke Pulau Langkawi.
Pastikan anda baca juga: Senarai Hotel Murah Di Langkawi Bawah RM200 Semalam
Cara Bawa Kereta Sendiri Ke Langkawi 2018
Untuk makluman, ada tiga cara ke Langkawi.
- Naik kapal terbang
- Bawa kereta, parking di jeti Kuala Perlis, dan naik feri penumpang
- Bawa kereta, naik feri angkut kenderaan (bawa kereta sekali)
Namun tahukah anda kos yang dibelanjakan dengan menaiki feri angkut kenderaan adalah jauh lebih murah berbanding feri penumpang.
Ini kerana anda boleh cut cost tak perlu menyewa kenderaan di Langkawi.
Kenderaan yang dibawa sendiri lebih menjimatkan kos dan tentunya lebih selesa.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Untuk anda yang ingin bercuti ke Langkawi tak lama lagi, ikuti perkongsian Mohd Khairol Haswadi ini.
Minggu lepas kami ke Langkawi 4 hari 3 malam. Ni first time bawa kereta naik feri ke sana, naik dari jeti Kuala Perlis.
Ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi, iaitu Langkawi Auto express dan Ro-Ro. Kami pilih Auto express. Masa perjalanan dalam 2 jam (berbanding 1 jam 15 min jika dengan feri penumpang).
Kos terlibat:
Tambang pergi-balik:
– Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (booked online)
– Dewasa x 1 : RM36 (Driver free je)
– Kanak-kanak x 2 : RM52
TOTAL: RM388 nett.
Kalau nak bandingkan dengan naik feri penumpang:
1) Tambang feri pergi balik:
– Dewasa x 2 : RM72
– kanak-kanak x 2 : RM52
2) Parking kereta di jeti : RM10 x 4 = RM40
3) Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 4 = rm400
TOTAL: RM564
Menurutnya, khidmat feri ini sangat memuaskan dan selesa. Jika ada anak kecil, mereka bebas bergerak dan boleh tangkap gambar dengan pemandangan yang cantik!
- Jika pergi 3 hari 2 malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri.
- Lebih kecil cc kereta (sedan), lebih murah harga tiket.
- Tidak perlu beratur panjang dan berjalan jauh. Hanya duduk dalam kereta untuk menunggu proses check-in.
- Beli barang di Langkawi pun tak perlu risau tentang beg akan berat dan susah nak bawa.
- Tempat duduk penumpang dalam feri memang sangat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak-anak juga bebas bergerak.
- Boleh lepak-lepak di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati permandangan yang begitu cantik.
Tambahnya lagi, sebelum menggunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ini, pastikan tempahan dibuat awal dalam 1-2 bulan sebelum tarikh kerana tiket cepat sold-out.
Senarai Harga Langkawi RoRo
Berikut adalah harga semasa perkhidmatan Langkawi RoRo pada tarikh 31 Januari 2018. Untuk harga terkini anda boleh rujuk portal rasmi http://www.langkawiroro.com/fare.html
Jenis Kenderaan | Sehala | Pergi Balik |
Motorsikal 125 CC ke Bawah | RM 61 | RM 112 |
Motorsikal 250 CC ke Bawah | RM 71 | RM 122 |
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah | RM 156 | RM 302 |
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah | RM 186 | RM 352 |
Kereta Sedan 3,000CC Ke Bawah | RM 226 | RM 432 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC | RM 206 | RM 392 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC | RM 226 | RM 432 |
Penumpang | Sehala | Pergi Balik |
Dewasa | RM 18 | RM 36 |
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) | RM 13 | RM 26 |
Bayi (1 Tahun ke bawah) | RM 3 | RM 6 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM 13 | RM 26 |