Advertisements

Cara Alternatif Bayar Diskaun Saman PDRM. Ikuti 5 Langkah Ini

Advertisements

Berita baik baru-baru diumumkan oleh YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara apabila tempoh diskaun sebanyak 80% telah pun dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Tempoh diskaun yang diberikan sebelum ini hanya pada 9 hingga 12 Disember lalu bersempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Namun, sejak diskaun tersebut dilancarkan dikatakan ramai orang telah mengadu tidak boleh mengakses portal MyBayar Saman akibat daripada trafik yang terlalu ramai.

Disebabkan itu, ada yang telah pun mengambil keputusan untuk beratur di Balai Polis untuk membuat pembayaran saman sebelum tamat tempoh diskaun.

Namun begitu, tahukah anda sebenarnya anda boleh juga membayar saman menggunakan ATM Maybank.

Nak tahu caranya? Baca artikel ini lebih lanjut.

Cara Alternatif Bayar Diskaun Saman:

Secara alternatif, anda boleh membayar saman melalui :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
  • Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

Baca juga: Sebab Kena Ada Pulse Oximeter Untuk Kegunaan Di Rumah

Cara Bayar Saman Melalui Mesin ATM Maybank

Di sini kami kongsikan cara buat bayaran saman PDRM melalui ATM Maybank.

LANGKAH 1

Tekan Paybills

LANGKAH 2

Tekan Pembayaran Saman PDRM.

LANGKAH 3

Tekan Teruskan.

LANGKAH 4

Masukkan nombor IC / kad pengenalan anda.

LANGKAH 5

Teruskan pembayaran anda.

Simpan resit untuk rujukan akan datang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.