Advertisements

Apple Education Price – Beli Produk Apple Guna Harga Student

Advertisements

Umum ketahui produk Apple sememangnya mahal. Namun tahukah anda sebenarnya ada cara untuk anda beli produk Apple pada harga yang murah dan berbaloi.

Ini bukanlah membeli produk refurbished atau terpakai ataupun pra-tempah yang bersifat penipuan. Apple menawarkan pakej Apple Education Price di mana anda boleh dapatkan pada harga yang berbaloi.

Apple Education Price ini tersedia kepada pelajar kolej serta ibu bapa mereke, kakitangan pensyarah dan guru sekolah dari semua peringkat gred.

Selain daripada anda boleh membeli komputer Mac, anda boleh juga dapatkan Pro Apps Bundle for Education dengan hanya RM799 untuk kerja-kerja penyuntingan.

Di dalam dalam bundle tersebut, ia mengandungi Final Cut Pro yang bernilai RM1299, Logic Pro bernilai RM799, Motion, Compressor dan MainStage.

Baca juga: Permohonan Agihan Zakat Pelajar Ke Maghribi Zakat Kedah

Senarai Harga

Di bawah ini harga iPad dengan harga “Education Pricing” . Harga di bawah adalah harga semasa artikel ini ditulis.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • iPad mini – Bermula RM1609 (Harga asal – RM1699)
  • iPad – Bermula RM1369 (Harga asal – RM1449)
  • iPad Air – Bermula RM2399 (Harga asal – RM2599)
  • iPad Pro M1 – Bermula RM3279 (Harga asal – RM3499)

Di bawah ini harga Mac dengan harga “Education Pricing” . Harga di bawah adalah harga semasa artikel ini ditulis.

  • MacBook Air M1 – Bermula RM3959 (Harga asal – RM4399)
  • MacBook Pro M1 – Bermula RM5169 (Harga asal – RM5599)
  • Mac mini M1 – Bermula RM2779 (Harga asal – RM2999)
  • iMac M1 – Bermula RM5379 (Harga asal – RM5599)
  • Mac Pro – Bermula RM24,269 (Harga asal – RM25,999)
  • Monitor Pro Display XDR – RM18,399 (Harga asal – RM19,999)

Baca juga: Permohonan Dermasiswa Luar Negara MAIPk 2021

Cara Membuat Pembelian

Langkah 1

Pergi ke pautan https://www.apple.com/my-k12/shop atau klik di sini.

Langkah 2

Pilih produk yang ingin dibeli berserta konfigurasi diinginkan dan klik “Add to Bag”.

Anda juga boleh membeli insuran perlindungan sekali daripada Apple, iaitu Apple Care sebagai pilihan tambahan.

Insuran perlindungan memberi jaminan merangkumi penggantian komponen dan sebagainya.

Langkah 3

Klik “checkout”, boleh masukkan Apple ID atau sebagai pelawat (Continue as Guest). Teruskan dengan melengkapkan butiran diperlukan dengan kad debit atau kad kredit.

Untuk pengetahuan anda, tiada ID atau pengesahan pelajar diminta bagi membelinya. Namun, Apple mengehadkan pembelian satu meja komputer (Desktop) per tahun pengajian (satu tahun), 1 Mac mini, 1 notebook, 2 iPad, 2 paparan dan dua sistem perisian dengan diskaun.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan Apple ini. Selamat membeli.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.