Advertisements

Cara Beli Tiket Badminton Terbuka Malaysia 2022

Advertisements

Tiket Badminton Terbuka Malaysia akan mula dijual pada Khamis ini seperti yang dinyatakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Acara Badminton Terbuka Malaysia tersebut akan diadakan pada 28 Jun sehingga 3 Julai di Arena Axiata Bukit Jalil setelah lebih 2 tahun tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik Covid-19.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejohanan badminton itu yang merupakan salah satu daripada lima kejohanan Siri Super berprestij dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan menyediakan hadiah keseluruhan AS$675,000 (RM2,963,250).

Aktiviti Menarik Lain

Selain anda boleh menonton kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sambil menyokong pasukan negara, anda juga boleh merasai aktiviti-aktiviti lain yang disediakan disepanjang kejohanan dari jam 3 petang sehingga 10 malam. Antaranya:

  1. Permainan interaktif seperti badminton udara
  2. Jualan makanan
  3. Persembahan kebudayaan dan artis tempatan

Kenyataan BAM itu menyatakan, karnival Festival Malaysia itu memfokuskan kepada pertunjukan budaya Malaysia, pelancongan dan sukan sebagai asas kepada festival itu bagi membanggakan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata, BAM amat berbesar hati kerana sebuah jenama global terkenal kini bersama-sama mereka, dan berterima kasih kepada Petronas atas sokongan syarikat itu kepada mereka.

Baca juga: Diskaun Tiket ETS KTMB RM10

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Beli Tiket Badminton Terbuka Malaysia

Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula jam 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500, manakala promosi pembeli awal tertakluk kepada 2,000 tiket pertama dijual.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.