Advertisements

Cara Bersihkan Sayur Dan Ulaman Daripada Kotoran

Advertisements

Tidak lengkap sesebuah menu hidangan kampung jika tidak mempunyai ulaman dan sayuran mentah.

Ini kerana ulaman dan sayuran mentah ini boleh menambahkan selera makan seseorang penggemar sayur. Lebih-lebih lagi apabila dicicah bersama sambal belacan. Terus bertambah-tambah pinggan nasi.

Walaupun ulaman dan sayuran itu ditanam oleh kita sendiri namun anda juga harus membasuhnya dengan bersih untuk membuang segala kotoran.

Disini kami ingin kongsikan cara bersihkan sayur dan ulaman daripada kotoran yang dikongsikan oleh saudari Enkay Nik Mustaffa dilaman Facebook nya.

Baca juga: Cara Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi

TIPS MEMBERSIHKAN ULAM DAN SAYUR

Bila dah mula makan ulam mentah, rasa ketagih dengan rasa manis, kesegaran dan kerangupan terutama sayur yang ditanam sendiri.

Hari ni petik kailan, kangkung, sawi manis, salad romaine yang ditanam sendiri untuk cicah dengan sambal belacan. Untuk orang yang suka makan ulam ni cuma kena jaga kebersihan. Selain tu, ambil ubat mencegah cacing secara teratur.

Ada tiga cara yang kita boleh gunakan untuk membersihkan sayur.

1) BILAS

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat.
  • Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit.
  • Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan.
  • Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan.
  • Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya.

2) RENDAM

  • Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air.
  • Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu.
  • Rendamkan selama 2-3 minit.
  • Sesuai untuk: Sawi, kangkung, anggur, oren dan sebagainya.

3) RENDAM DALAM LARUTAN AIR GARAM

  • Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air.
  • Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit.
  • Bilas kemudian sayur atau buah itu boleh digunakan atau di simpan.
  • Sesuai untuk: Brokoli, bunga kobis, anggur, oren dan sebagainya.

Sumber: Enkay Nik Mustaffa

Baca juga: Cara Nak Kempiskan Perut Tanpa Makan Ubat Kurus

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.