Advertisements

Cara Buang Toksin (Detox) Dalam Badan

Advertisements

Kadang kala, badan berasa sakit apabila tahap toksin dalam badan menjadi terlalu tinggi. Justeru itu, wajar untuk kita mengeluarkan toksin (detox) dari dalam tubuh untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat.

Apa itu detox?

Detoks adalah cara untuk membersihkan tubuh dari racun. Kita melakukan hal tertentu dalam jangka waktu tertentu yang bertujuan untuk membersihkan tubuh dari racun lingkungan dan makanan yang ada dalam tubuh.

Bagaimana cara melakukan detox?

Terdapat 7 cara untuk melakukan detoks dalam badan. Antaranya:

1 – Amalkan minum air lemon setiap pagi

Ini dapat membantu badan anda untuk Flush Out toksin dan mengalkalikan (alkalizes) badan anda. Selain itu anda juga boleh menambahkan dua sudu cuka epal ke dalam satu gelas air kosong.

Cuka epal dikatakan mampu menjadi pembersih dan penyembuh elixir yang kuat selain menjadi antibiotik dan antiseptik yang berlaku secara semula jadi yang melawan kuman dan bakteria untuk kehidupan yang lebih sihat.

Anda digalakkan untuk minum 2liter atau 8 gelas sehari untuk meneruskan proses pembuangan toksin dalam badan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2 – Minum jus sayuran atau buah-buahan

Mulakan hari anda dengan membuat jus epal, lobak merah, lemon, halia, atau kunyit. Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti ini juga membantu untuk membuang toksin di dalam badan anda kerana ianya mengandungi banyak fibre yang membantu melawaskan perut.

3 – Tenangkan hati dan fikiran

Setidaknya luangkan waktu selama 10 minit untuk dapat menenangkan diri. Hati dan fikiran yang tenang dapat membantu tubuh dalam melakukan detoksifikasi.

Lakukan teknik bernafas dalam-dalam kerana ianya dapat membantu paruparu mendapatkan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida lebih baik. Ini juga dapat membantu melancarkan metabolisme tubuh, sehingga makanan yang anda ambil dapat dicerna dengan baik.

Baca juga: Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Tunai Umrah

4 – Minum teh hijau atau teh herba

Teh hijau dan teh herba sangat bagus untuk badan kerana teh ini membantu detoksifikasi badan dan membersihkan toksin.

5 – Lakukan senaman

Luangkan waktu anda setidaknya satu jam setiap hari untuk melakukan senaman ringan. Peluh yang keluar ketika senaman dapat membantu mengeluarkan toksin yang ada dalam tubuh melalui peluh.

Senaman juga dapat membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh, selain menguatkan otot dan jantung.

6 – Kurangkan atau singkirkan terus pengambilan gula

Jika anda merasakan ingin kemanisan di dalam hidangan anda, anda boleh menggantikan gula dengan pilihan manisan yang lebih natural seperti stevia, madu, gula kelapa, kurma, ataupun sirap maple.

7 – Dapatkan tidur yang cukup

Rehat yang cukup adalah salah satu cara terbaik untuk menyegarkan badan anda. Zaman sekarang ramai orang tidak menitikberatkan soal tidur yang cukup dan berkualiti. Ubah gaya hidup anda dan dapatkan tidur yang cukup untuk badan yang sihat.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.