Advertisements

Cara Buat Kad ATM Maybank Secara Online Sahaja!

Advertisements

Zaman teknologi serba canggih kini, semua perkara boleh dibuat secara online sahaja. Tidak perlu keluar rumah dan beratur panjang di kaunter.

Bukan sahaja beli barang boleh secara online, tetapi nak buat kad ATM secara online pon boleh!

Jika anda mempunyai kad ATM tetapi mengalami kerosakan cip atau kehilangan kad. Anda boleh gantikan dengan yang baharu secara online.

Wanita bernama Aziah Sabri kongsikan caranya.

Baca juga: HouzKEY Maybank: Pembelian Rumah Lebih Mudah

LANGKAH PERTAMA

Pastikan anda sudahpun membuat akaun maybank2u dan log masuk ke akaun maybank anda.

LANGKAH KEDUA

Setelah log masuk, klik pada butang setting.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

LANGKAH KETIGA

Klik pada arah ke bawah disebelah kanan atas untuk lihat lagi pilihan.

LANGKAH KEEMPAT

Klik pada butang cards.

LANGKAH KE LIMA

Klik pada butang debit card – replace, active & block.

Selepas tu ikut arahan yang diberi dengan mengisi alamat untuk kad di pos ke rumah dan anda akan diminta untuk mengisi TAC sebagai proses pengesahan.

Pastikan anda ada RM12 di dalam akaun anda sebagai caj gantian kad baharu.

LANGKAH KEENAM

Pihak Maybank akan menghantar mesej seperti di bawah. Anda akan menerima kad ATM yang baharu dalam masa 9 hari waktu bekerja.

Mudah sahaja? Kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang ingin menggantikan kad ATM mereka yang telah rosak.

Dah alang-alang nak tukar, apa kata tukar terus kad ATM anda dengan gambar anda sendiri di atas kad dengan cara ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.