Advertisements

Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Majlis Atau Rumah

Advertisements

Sejak wabak pandemik melanda negara, antara SOP yang perlu dipatuhi adalah daftar QR Code MySejahtera bagi setiap destinasi yang anda tuju.

Namun begitu, sekiranya anda ingin membuat majlis atau kenduri dan ingin menjadikan rumah anda sebagai destinasi QC Code MySejahtera, bagaimanakah caranya?

Artikel kali ini kami akan kongsikan bagaimana cara buat QR Code MySejahtera untuk majlis atau rumah.

Baca juga: MyBayar Saman: Semakan Saman Online & Diskaun Bayaran Saman 80%

Cara Daftar QR Code MySejahtera Untuk Majlis Atau Rumah

Langkah 1 :

Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin dan anda akan dibawa ke paparan di bawah:

Langkah 2 :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Isikan nombor telefon untuk mendaftar

Langkah 3 :

Masukkan Kod Pengesahan OTP yang dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan tadi.

Langkah 4 :

Masukkan butiran selanjutnya. Untuk ruangan ‘Company Profile’, boleh tuliskan alamat rumah sendiri dan tulis ‘Business Name’ sebagai ‘Rumah Pak Mat’ sebagai contoh.

Langkah 5 :

Simpan QR Code dalam phone, emel atau terus print.

Langkah 6 :

Boleh terus print dan laminate. Letakkan di pintu rumah untuk rujukan tetamu apabila bertandang ke rumah anda ketika kenduri.

Untuk mengemaskini alamat atau butiran lain, atau nak dapatkan semula QR code yang hilang, anda boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh kemas kini semula butiran yang baharu.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.