Advertisements

Cara Buat Saringan Kesihatan Pekerja Secara Percuma Di PERKESO

Advertisements

Sejajar dengan usaha memperkasakan promosi kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, PERKESO telah melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP).

Pelaksanaan semula HSP turut menawarkan penggunaan aplikasi SEHATi bagi memberikan pengalaman baharu yang lebih menarik kepada pekerja terutamanya dalam pengurusan saringan kesihatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Program Saringan Kesihatan secara percuma.

Baca juga : JaminKerja PERKESO: Semak Kadar Insentif Penggajian

Jenis Penyakit Yang Di Saring

Program Saringan Kesihatan PERKESO adalah pemeriksaan kesihatan percuma yang diberikan kepada Orang Berinsuran PERKESO bagi mengenalpasti kumpulan yang berisiko Penyakit Tidak Berjangkit.

Antara penyakit tidak berjangkit yang disaring di bawah program ini adalah :

  • Saringan kesihatan dijalankan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) seperti :
    • Darah tinggi,
    • Diabetes,
    • Penyakit jantung
    • Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi
  • Saringan tambahan untuk wanita pula disediakan untuk mengesan barah payudara dan barah pangkal rahim.

Jenis saringan yang disediakan untuk pekerja yang layak adalah :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Saringan kesihatan Standard untuk lelaki dan wanita
  • Saringan Kesinatan tambahan pemeriksaan mamogram bagi wanita

Tarikh Mula Program Saringan Kesihatan

Pelaksanaan Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP) bermula pada 1 Jun 2022.

Kemudahan Aplikasi SEHATi

Aplikasi mudah alih SEHATi menawarkan pengurusan saringan kesihatan di bawah HSP yang mudah dan fleksibel.

Antara kemudahan yang ditawarkan adalah :

  • Semak kelayakan HSP
  • Menetapkan janji temu bagi saringan kesihatan dengan klinik panel
  • Jalani saringan kesihatan secara percuma
  • Mengakses keputusan ujian saringan

Aplikasi ini turut dilengkapi dengan modul Health Diary yang membolehkan pekerja merekod data kesihatan masing-masing bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri

Syarat Kelayakan Program Saringan Kesihatan

Berikut merupakan kelayakan untuk memohon Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP) :

  • Warganegara Malaysia
  • Aktif mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Terbuka juga kepada pencarum berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko kesihatan NCD

Cara Semak Kelayakan & Buat Saringan Kesihatan Percuma

Bagi pekerja yang ingin menyemak kelayakan dan membuat saringan kesihatan di bawah HSP, pekerja perlu memuat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sehati.perkeso.gov.my

Baca juga : Cara Tuntut PERKESO Skim Bencana Kerja Akibat COVID-19

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.