Advertisements

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Advertisements

Untuk Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan, setiap Klinik Kesihatan mungkin ada sedikit perbezaan mengenai proses, tarikh temujanji, masa & dokumen.

Ada yang kena buat appointment dulu, ada juga yang boleh walk-in.

Jalan terbaik adalah dengan menghubungi atau singgah dulu di Klinik Kesihatan berdekatan & buat pertanyaan dahulu.

Sekarang ni dah mudah sebab boleh buat booking temujanji HIV test di Klinik Kesihatan secara online sahaja melalui aplikasi MySejahtera.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang ujian praperkahwinan HIV dan cara membuat temujanji.

Apakah Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan?

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma.

Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

Prosedur Ujian

PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.


Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.


Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera

  1. Buka apps MySejahtera
  2. Klik button “more”
  3. Klik “Digital Healthcare”
  4. Klik “Clinic Appointment Booking”
  5. Pilih untuk guna Qmed, Encoremed,
  6. BookDoc atau Sistem Temu Janji Klinik KKM.

Nak pilih sistem yang mana satu?

  • BookDoc – Perlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak & W. Persekutuan
  • Qmed – Selangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah & W. Persekutuan.
  • EncoreMed – Untuk di Kawasan KL sahaja iaitu ; KK Batu Muda, KK Jinjang,KK Petaling Bahagia, KK Sentul & KK Tanglin.

Mudah kan?
Sekali baca mungkin ada yang tak berapa nak faham.

Tapi fahami betul-betul okay? Insha Allah semoga semuanya dipermudahkan.

Sumber: ecentral

Baca juga: Cara Mohon Nikah Online & Prosedur Isi Borang Nikah SPPIM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.