Advertisements

Cara Buka Akaun CDS Untuk Jual Beli Saham Secara Online

Advertisements

Apa Itu Akaun CDS?

Setiap aktiviti dan proses jual beli saham di Bursa Malaysia akan dipantau sentiasa oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC – securities commission) dan Bursa Malaysia.

Anda perlu membuka satu akaun CDS (central depository system) terlebih dahulu sebelum melakukan urusan jual beli saham di Bursa kemudian anda boleh membeli dan menjual lebih daripada 1500 syarikat/saham yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Baca juga: Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Syarat Layak Buka Akaun CDS

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuka akaun CDS:

  • Berumur lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan
  • Sebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.
  • Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia
  • Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi
  • Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  • Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
  • Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen

Cara Buka Akaun CDS Online

Pihak Bursa Malaysia telah membenarkan pembukaan akaun CDS secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuka akaun CDS secara online:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Muat turun aplikasi Bursa Anywhere melalui salah satu pautandi Play Store atau App Store
  • Log masuk akaun Bursa Anywhere.
  • Bagi pengguna baru, klik pada pautan Register
  • Klik Account Opening pada bahagian Menu
  • Klik butang Agree pada Terms & Conditions
  • Klik Yes jika maklumat pada kad pengenalan berbeza dengan alamat semasa
  • Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Next pada setiap halaman sehingga semua maklumat telah dimasukkan
  • Muat naik gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan penyata bank
  • Anda boleh memilih broker pilihan daripada senarai broker
  • Permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 hari selepas permohononan.

Dokumen Penting Untuk Buka Akaun CDS

Berikut adalah dokumen penting yang dikehendaki untuk membuka Akaun CDS:

  • Dua salinan kad pengenalan MyKad/Pasport/Kad Kuasa Polis atau ATM.
  • Dua salinan Dokumen Kuasa Wakil (Power Of Attorney) sekiranya ada. (Ini adalah untuk permohonan secara individu).
  • Bagi pemohon dalam kalangan syarikat/Koperasi/Pertubuhan rujuk pada jadual yang tertera

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai akaun CDS, anda boleh melayari laman web Rasmi Bursa Malaysia di pautan ini: https://www.bursamalaysia.co

Baca juga: Belanjawan 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.