Advertisements

Cara Buka Akaun Maybank Yippie Anak (Dapat Pulangan Dividen Tinggi)

Advertisements

Jika anda ingin membuka akaun bank simpanan untuk anak-anak, adalah disyorkan untuk membuka akaun Yippie Maybank kerana simpanan tersebut akan memberikan dividen yang agak tinggi.

Dibawah dikongsikan maklumat tentang pembukaan Akaun Yippie Maybank.

Baca juga : Cara Untuk Aktifkan Visa Kad Debit Maybank

Syarat Kelayakan

Terbuka kepada semua kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan penjaga di bawah umur 60 tahun.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila bawa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pembukaan akaun di Maybank seperti :

  • Sijil kelahiran asal dan MyKid
  • Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
  • Passport bagi ibu bapa bukan warganegara Malaysia seperti permit belajar/pekerja, visa yang masih sah dan surat pengesahan majikan/institusi pengajian sekiranya ada.
  • Anda juga boleh membuat pilihan untuk membuat kad ATM atau tidak.
  • Sediakan wang tunai RM100 untuk pembukaan akaun Yippie  

Kadar Faedah Akaun YIPPIE

Jadual dibawah menunjukkan kadar fadeh apabila anda menyimpan wang di akaun YIPPIE :

SIMPANANFAEDAH(%P.A)
ATAS PADA RM50,0001.50
BAWAH RM50, 0000.20

Nota: Perubahan diveden mengikut semasa ke semasa

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Manfaat Simpanan Akaun YIPPIE

  • Simpanan berdasarkan kontrak Murabahah Komoditi (kos tambah jualan)
  • Kadar Deposit Tetap-i Islam selama satu bulan daripada akaun simpanan anda, tertakluk kepada 1 pengeluaran sebulan selama enam bulan berturut-turut 
  • Ganjaran tunai untuk gred cemerlang di PT3, SPM, STPM dan peringkat ijazah tertakluk kepada baki akaun minimum RM500. 
  • Perlindungan Takaful Kemalangan Diri (PATC) percuma sehingga RM70,000 untuk anda dan anak anda
  • Akses kepada lebih 5,800 MEPS ATM di seluruh negara dan rangkaian PLUS di seluruh dunia.
  • Akses akaun anda melalui Maybank2u.com dan dapatkan tambah nilai prabayar, muat turun percuma dan banyak lagi.

Jadual dibawah merupakan maanfaat yang akan diperolehi apabila menyimpan wang di akaun YIPPIE

PEPERIKSAANGREDWANG TUNAI
PT37ARM100
SPM8A/A+RM200
SPTM/A-LEVELS5A/4A & MUET BAND 6RM300
IJAZAHIJAZAH KELAS PERTAMA DENGAN KEPUJIANRM500

Cara Buka Akaun Maybank YIPPIE

Terdapat dua cara untuk buka akaun Yippie, iaitu :

  1. PEMBUKAAN SECARA MANUAL
  • Hadir ke mana-mana cawangan Maybank yang berhampiran
  • Dapatkan borang dan lengkapkan segala maklumat
  • Tunggu Permohonan anda diproses
  • Selesai

2. PEMBUKAAN SECARA TALIAN

  • Layari pautan pembukaan akaun Yippie Maybank: www.maybank2u.com.my
  • Lengkapkan borang tersebut dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Semak kembali maklumat yang telah anda isikan.
  • Sekiranya tepati, klik Submit untuk menghantar permohonan anda

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang akaun YIPPIE Maybank, sila layari website rasmi Maybank di pautan www.maybank2u.com.my

Baca juga : Hanya Guna Whatsapp,Maybank Tawar Bantuan Sokongan Banjir, Tuntutan Insuran Mudah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.