Advertisements

7 Cara Cuci Emas Agar Kelihatan Bersinar Semula

Advertisements

Emas adalah salah satu barang perhiasan yang sangat di gemari oleh para wanita tidak kira peringat umur. Emas memang sangat cantik dipakai apabila masih lagi bersinar dan berkilat.

Tetapi apabila sudah lama di gunakan, warnanya akan menjadi kusam dan sedikit berdaki.

Salah satu cara untuk menyinarkan semula warna emas tersebut adalah dengan membersihkan barang kemas tersebut.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh buat di rumah tanpa perlu ke kedai emas. Antaranya adalah.

Baca juga: 6 Cara Membezakan Antara Emas Tulen Dan Palsu

1. Menggunakan Air Teh

  1. Rendamkan teh dengan air semalaman tanpa gula.
  2. Pada ke esokan harinya ambil barang kemas dan rendam semalaman.
  3. Kemudian bilaskan barang kemas dengan air bersih.

2. Menggunakan Ubat Gigi

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Ambil Air suam dan rendam selama 1 jam.
  2. Kemudian bersihkan barang kemas dengan berus gigi dan ubat gigi.
  3. Bilas dengan air bersih dan rendam dengan air selama 1 jam. Kemudian keringkan.

3. Menggunakan Asam Gelugur

  1. Ambil barang kemas dan rendamkan bersama dengan beberapa keping asam gelugur dengan air panas.
  2. Biarkan selama 4 jam dan bilas dengan air bersih.
  3. Selepas itu, biarkan di atas kain kering

4. Menggunakan Asam Jawa

  1. Bancuhkan air asam jawa dengan jus limau nipis.
  2. Kemudian, ambil barang kemas dan rendam semalaman.
  3. Keesokan harinya bilas dengan air bersih.

5. Menggunakan Air Panas

  1. Letakkan barang kemas dalam bekas kosong.
  2. Kemudiankan tuang air panas ke atas barang kemas.
  3. Cara ini sesuai untuk membersihkan barang kemas yang tidak mempunyai batu.

6. Menggunakan Cecair Pencuci Pinggan

  1. Tuangkan beberapa titis cecair pencuci pinggan di dalam mangkuk yang berisi air suam.
  2. Kemudian kacau dan rendam dalam 15 minit.
  3. Selepas itu, bersihkan dengan berus kecil sebelum di bilas dengan air bersih dan dikeringkan.

 7. Menggunakan Aluminium Foil Dan Serbuk Penaik

  1. Letakkan gelang emas atau silver ke dalam aluminium foil yang disediakan.
  2. Kemudian tambahkan air panas dan serbuk penaik.
  3. Seterusnya rendam selama 30 minit.
  4. Selepas itu, angkat dan keringkan dengan kain lembut dan bersih.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Baca juga: Cara Lajukan Laptop Lama Tanpa Modal Besar

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.