Advertisements

Cara Daftar Booster Vaksin Dos Penggalak

Advertisements

Malaysia kini telahpun mencapat lebih 90% kadar vaksinasi dewasa. Walaupun mencapai peratusan vaksinasi yang tinggi, wabak Covid-19 dilihat masih boleh bermutasi yang boleh menjadikan vaksin sedia ada tidak berkesan.

Dari itu, kerajaan mula mengorak langkah untuk melaksanakan booster vaksin ataupun dos penggalak bagi memerangi penularan wabak Covid-19 varian delta.

Pemberian dos penggalak ini dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang bertujuan memastikan tempoh perlindungan yang optimum diperoleh oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia.

Syarat Mendaftar Booster Vaksin

Bagi anda yang memenuhi kriteria di bawah anda layak untuk daftarkan diri untuk mendapatkan booster vaksin:

  1. Anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan);
  2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas;
  3. Individu dengan komorbid dan;
  4. Lengkap 2 dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya 3 bulan lalu.
  5. Lengkap 2 dos vaksin Pfizer sekurang-kurangnya 6 lalu.

Baca juga: Cara Daftar Vaksin Untuk Ahli Keluarga / Orang Lain Melalui MySejahtera

Cara Mendaftar Booster Vaksin

Buat masa ini belum lagi ada cara daftar booster vaksin secara atas talian. Namun, mereka yang layak akan menerima notis dalam MySejahtera atau menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bagi penduduk Sarawak, temu janji boleh dibuat di mana-mana klinik swasta yang terlibat atau Klinik kesihatan (KK) berhampiran.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kaedah temu janji pemberian dos penggalak ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Tidak lama lagi penerima vaksin boleh membuat temu janji melalui sistem yang sedang dibangunkan KKM.

Menurut KKM, buat masa ini dos penggalak hanya akan diberikan kepada mereka yang disarankan.

Baca juga: Garis Panduan Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap Vaksinasi

Maklumat Lanjut

Layari laman sesawang KKM di bawah untuk maklumat lanjut mengenai booster vaksin atau dos penggalak.

Link: https://covid-19.moh.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements