Advertisements

Cara Daftar Dan Aktikan i-Akaun KWSP Secara Online

Advertisements

KWSP adalah sebuah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk memastikan setiap pekerja mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja.

Oleh sebab itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.

Bukan sekadar menyimpan untuk hari tua, malah wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunapakai dalam kes-kes tertentu seperti:

  • membeli rumah / hartanah
  • mengurangkan pinjaman perumahan
  • menyelesaikan pinjaman pendidikan
  • menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara

KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Apakah Itu i-Akaun?

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang di sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Anda juga boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat asalkan memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer.

Muat Turun Aplikasi i-Akaun KWSP

Selain melayari laman web KWSP, anda juga boleh memuat turun aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit anda melalui:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jom baca: 4 Fakta Penting Mengenai Caruman KWSP Masuk Ke Akaun 1

Kelebihan Mendaftar i-Akaun KWSP

Dengan mendaftar i-Akaun, anda boleh:

  1. Mengemaskini profil peribadi KWSP.
  2. Menyemak kelayakan pengeluaran wang KWSP.
  3. Menyemak baki simpanan di dalam akaun KWSP.
  4. Menyemak penyata wang KWSP.
  5. Menyemak rekod caruman wang KWSP.

Cara Pendaftaran Ahli KWSP

Terdapat beberapa empat cara pendaftaran ahli KWSP:

  1. PENDAFTARAN SECARA AUTOMATIK
  • Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.
  • Pendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

2. PENDAFTARAN DI KAUNTER

  • Hanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.
  • Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar).
  • Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.

3. PENDAFTARAN i-AKAUN MAJIKAN

  • Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.
  • Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.

4. PENDAFTARAN DI KIOSK

  • Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.
  • Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

5. PENDAFTARAN DI i-SARAAN

  • Jika anda bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.

Baca juga: Cara Buat Pengeluaran KWSP Untuk Bayar Bulanan Rumah

Pendaftaran Dan Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)

Berikut adalah langkah pendaftaran dan pengaktifan KWSP online (i-Akaun):

Langkah 1:
– Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.

Langkah 2:
– Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS

Langkah 3:
– Selepas anda setuju, anda perlu  pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan

Langkah 4:
– Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Langkah 5:
– Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

Syarat-Syarat Pendaftaran i-Akaun Ahli KWSP

  1. Ahli mestilah warganegara Malaysia.
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama ahli sahaja yang dibenarkan.
  3. Ahli hendaklah berumur 55 tahun kebawah sahaja.
  4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isi teknikal.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran i-Akaun KSWP, sila ke laman web: https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

Baca juga: KWSP Peruntukkan RM10 juta Untuk Bantuan Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.