Advertisements

Cara Daftar Dan Semak Kelayakan Pembiayaan Pinjaman LPPSA

Advertisements

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dicipta khas untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam.

Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda boleh membuat permohonan untuk pembiayaan perumahan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Jumlah pembiayaan bagi hartanah yang anda ingin beli adalah sehingga 100% daripada nilai pasaran hartanah yang telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) akan tetapi semua ini juga TERTAKLUK kepada kelayakan pinjaman berdasarkan tangga gaji anda (yang mana lebih rendah).

Baca juga: Cara Semak Dan Bayar Cukai Tanah Setiap Negeri Secara Online

Syarat-syarat Kelayakan

Untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan, anda perlulah memenuhi syarat dan kriteria dibawah ini:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
  3. Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
  4. Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
  5. Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
  6. Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
  7. Bukan seorang yang:
    • Bankrap
    • Terlalu banyak berhutang
    • Pemakan gaji tidak berkemampuan
    • Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
    • Masih bekerja secara kontrak

Manakala bagi yang ingin membuat pinjaman bersama suami isteri, pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, serta pinjaman dua (2) nama di dalam S&P wajib disertakan dengan:

  • Salinan sijil nikah ATAU
  • Pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.

Pemohon Yang Layak Mohon Pembiyaan LPPSA

Antara contoh pemohon yang layak memohon untuk pembiayaan LPPSA ialah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Anggota perkhidmatan awam, polis, tentera, pentadbiran negeri, pentadbiran persekutuan
  2. Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen, hakim
  3. Badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, dan kerajaan negeri

Cara Pendaftaran / Log Masuk Pengguna Portal LPPSA

  1. Bagi pengguna kali pertama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA anda perlu mendaftarkan ID Pengguna terlebih dahulu.
  2. Sila pastikan untuk menggunakan pelayar web Google Chrome versi terkini untuk memasuki sistem Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA.
  3. Klik pada butang ‘Daftar di sini’.
  4. Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.
  5. Sila isikan Maklumat Pendaftaran ID Baru.
  6. Tandakan kotak Terma & Syarat dan seterusnya klik pada butang Daftar untuk langkah seterusnya.
  7. Selepas mengisi butiran penting, pengguna perlu mengesahkan akaun yang baru dibuat menggunakan e-mel dan SMS. E-mel akan dihantar ke e-mel peribadi yang dimasukkan semasa pendaftaran.
  8. Sila klik pada pautan pengesahan dalam e-mel untuk melengkapkan pengesahan.
  9. Selepas membuat pengesahan email, pengguna akan dibawa ke laman OTP (One-Time Password). Klik pada butang Permintaan OTP untuk meneruskan pengesahan OTP.
  10. SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan. Masukkan 6 digit pin yang diterima melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butang Teruskan.
  11. Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran.
  12. Bagi pinjaman Bersama, kedua-dua pengguna (atau lebih) perlu membuat pendaftaran ID pengguna secara berasingan.

Jadual Kelayakan Pembiayaan LPPSA

Berikut adalah jadual kelayakan untuk pemohon yang ingin memohon LPPSA:

Pembiayaan Pertama: 

  1. Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
  2. Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
  3. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pembiayaan Kedua: 

  1. Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap
  2. Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
  3. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Nota: Jadual dibawah disediakan adalah untuk rujukan sahaja. Perubahan dari masa ke semasa boleh berlaku tertakluk kepada pihak LPPSA.

Pendapatan Yang Diambil Kira

Pendapatan yang diambil kira di dalam gaji pokok pemohon termasuklah:

1. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
2. Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
3. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
4. Elaun Perumahan Wilayah (EPW)
5. Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Khas (ITJU)
6. Bantuan Sara Hidup
7. Elaun Memangku

Baca juga: HDAS: Skim Bantuan Deposit Perumahan RM10,000 Sarawak

Kalkulator Pembiayaan

  1. LPPSA telah memperkenalkan kalkulator pengiraan kelayakan pembiayaan perumahan sektor awam bagi membantu pihak-pihak berkaitan.
  2. Anda boleh masukkan sendiri segala jenis elaun dan pemotongan melalui kaedah ini.
  3. Masukkan sekali anggaran harga SPA untuk melihat sama ada anda layak atau tidak.
  4. Untuk menggunakan kalkulator ini anda perlu mendaftar sebagai pengguna Portal LPPSA.
  5. Klik di sini untuk mencuba KALKULATOR LPPSA

Contoh panduan pendaftaran / log masuk seperti di bawah ini:

Potongan Wajib

1) KWSP
2) PERKESO/ SOCSO
3) Cukai/ Income Tax
4) Arahan Makhamah
5) Pulangan Gaji
6) Bayaran Pinjaman Perumahan Perseketuan/ Kerajaan Negeri/Badan Berkanun.

Potongan Lain Yang Tidak Diambil Kira

1) Potongan Zakat
2) Potongan Khas ATM
3) Potongan bersifat tabungan/ simpanan ASB / Lembaga Tabung Haji

Syarat Permohonan Pembiayaan

PEMBIAYAAN JENIS 1:

PEMBELIAN RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP

PEMBIAYAAN JENIS 2:

PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN DI ATAS TANAH HAKMILIK PEMOHON

PEMBIAYAAN JENIS 3:

PEMBELIAN RUMAH KEDIAMAN YANG SEDANG DIBINA

PEMBIAYAAN JENIS 4:

PEMBELIAN TANAH KBAGI MAKSUD PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN

Maklumat Lanjut

Talian Perkhidmatan Pelanggan : 03 – 8880 1600

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan,
Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya

Baca juga: Permohonan iRahman: Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements