Advertisements

Cara Daftar Dan Tambah Nilai Kad Touch ‘n Go Baru (NFC) Secara Online

Advertisements

CARA BELI, DAFTAR & TAMBAH NILAI ONLINE KAD TOUCH ‘n GO BARU (NFC) SECARA ONLINE

Untuk makluman, kini Touch ‘n Go telah menaik taraf sistem tambah nilai kad TNG dengan teknologi baru yang di kenali sebagai NFC.

Dengan terciptanya teknologi NFC ini, ini sangat membantu dalam memudahkan pengguna TNG untuk menambah nilai kredit di kad tanpa perlu beratur panjang di tambah nilai atau di pam minyak jika kehabisan kredit.

Anda boleh menambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet, dan membolehkan anda tambah nilai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa yang anda mahukan.

Disini dikongsikan cara beli, daftar dan tambah nilai kad TNG secara online.

Baca juga : Tol Percuma PLUS Dan LPT, Ambil Tahu Perkara Ini Sebelum Masuk Tol

Apakah Itu NFC?

“Near Field Communication” ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

Syarat Penggunaan NFC

Sebelum anda menggunakan perkhidmatan NFC ini, anda perlu lah memenuhi prasyarat seperti berikut :

  • Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
  • Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain).
  • Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Perbezaan Kad TnG NFC Dengan Kad TnG Lama

Berikut merupakan perbezaan dan kelebihan di antara kedua kad TnG NFC dengan Kad TnG Lama :

Touch ‘n Go Lama Touch ‘n Go Dengan Teknologi NFC
– Bayaran tol– Bayaran tol
– Tambang Keretapi & bas– Tambang Keretapi & bas
– Pembayaran di kedai– Pembayaran di kedai
– Parkir– Parkir
– Semak baki melalui eWallet
– Tambah nilai menggunakan baki eWallet
– Beli melalui eWallet

Cara Semak NFC Di Telefon Bimbit

Pastikan anda membuat semakan NFC di telefon anda terlebih dahulu sebelum menggunakan teknologi NFC ini:

Pengguna IOS

  1. Kebanyakkan peranti IOS sudah mempunyai cip NFC di dalamnya dan ciri NFC dihidupkan secara automatik di dalam iPhone. (Untuk iphone 7 keatas)
  2. Berikut adalah cara semakan NFC:
    • Buka telefon anda dan klik pada aplikasi Settings
    • Kemudian klik General
    • Seterusnya klik About dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera
    • Sekiranya versi iOS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” di bawah “General” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Klik “Download and Install” untuk kemas kini iOS anda kepada versi terkini

Pengguna Android

  1. Kebanyakan peranti Android baharu mempunyai cip NFC dalam telefon.
  2. Berikut adalah cara semakan NFC:
    • Buka telefon anda pilih aplikasi Settings
    • Kemudian klikpada About Phone atau About Device
    • Seterusnya klik Android Version dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera
    • Sekiranya versi OS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon anda untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini
  3. Cip NFC telefon anda perlu diaktifkan sebelum penggunaannya seperti berikut:
    • Pergi ke Settings
    • Klik pada Search Settings, taip NFC.
    • Klik pada aktifkan NFC dan ikuti langkah yang terpapar dalam telefon bimbit anda.

Harga Kad Touch ‘n Go NFC

Harga untuk sekeping kad TnG NFC ini berjumlah RM10.00 bagi reka bentuk generik.

Cara Beli Kad Touch ‘n Go NFC

Berikut adalah langkah-langkah untuk pembelian kad TnG FNC :

  1. Pembelian Offline (Di Kedai Fizikal)
    • Anda boleh membeli kad TNG NFC ini di stesen minyak yang terpilih.
  2. Pembelian Online (Melalui e-Wallet Touch n Go)
    • Buka Aplikasi TnG anda
    • Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi
    • Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah
    • Klik Order Now
    • Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now
    • Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan
    • Selepas, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian.

Nota: Kad yang dibeli melalui Touch ’n Go eWallet akan dikenakan kurier tambahan kepada pembeli.

Cara Link Kad TnG NFC Dengan Aplikasi T’nG eWallet

Berikut ditunjukkan langkah-langkah untuk anda link kan kad TnG FNC anda :

  • Buka aplikasi TnG eWallet anda
  • Klik pada ikon TNG Card di skrin utama
  • Klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan
  • Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC, Jikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:
  • Klik pada Scan Now, imbas kad TNG NFC dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat.
  • Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda
  • Isikan ruangan Preferred Card Name ( nama yang anda ingin simpan pada kad tersebut)
  • Setelah lengkap klik pada Add
  • Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit
  • Selesai anda kini boleh menggunakan kad TNG NFC

Cara Tambah Nilai TnG NFC Guna Aplikasi eWallet

Berikut adalah langkah-langkah untuk tambah nilai guna TnG NFC di eWallet :

  • Buka aplikasi TnG eWallet anda
  • Klik pada ikon TNG Card di skrin utama
  • Pilih kad TnG NFC anda, kemudian klik pada Reload
  • Imbas kad TnG NFC menggunakan telefon anda
  • Pada bahagian Enter your preferred amount, masukkan jumlah tambah nilai yang anda inginkan. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500
  • Sahkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit TnG anda
  • Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi
  • Sekiranya berjaya, akan terpapar Reload Successful. Sekiranya tidak berjaya akan terpapar Reload Unsuccessful. Sekiranya tambah nilai anda masih “in progress”, akan terpapar Hold On, reload is Pending!
  • Sekiranya berjaya anda boleh menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda

Info penting :

  • Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda.
  • Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad TNG anda sebelum menggunakannya bagi menikmati pengalaman yang lancar.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Kad Touch ‘n Go NFC ini, sila layari website rasmi TnG di pautan https://www.touchngo.com.my/

Baca juga : Semak Baki & Reload Touch ‘n Go Online (TNG eWallet)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.