Advertisements

Cara Daftar i-Saraan KWSP 2022 Dan Terima RM250 Caruman Tambahan

Apakah Itu i-Saraan KWSP?

Advertisements

i-Saraan KWSP adalah caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Tujuan i-Saraan Ini Dibuat

  1. Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
  2. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  3. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
  4. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berikut dikongsikan syarat, faedah , cara daftar dan maklumat mengenai i-Saraan KWSP ini.

Baca juga : Cara Mohon i-Suri KWSP 2022- Bantuan Insentif RM480 Bagi Suri Rumah

Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP

Berikut adalah syarat kelayakan pencarum :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Umur 55 tahun ke bawah
  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • Telah membuat pilihan i-saraan

Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan.

Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP

Jika anda memenuhi syarat kelayakan yang diberikan serta ingin mendaftar insentif i-Saraan KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan.

Sila bawa Mykad serta dua borang seperti berikut. Muat turun borang pendaftaran dibawah :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Faedah i-Saraan KWSP

Antara manfaat yang akan diperolehi oleh ahli KWSP adalah :

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Insentif bantuan 15 % (maksimum 250 setahun) akan diberikan kedalam akaun ahli melalui sumbangan caruman kwsp dari kerajaan Malaysia.
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Bantuan khairat kematian sejumlah RM2500 (tertakluk kepada terma dan syarat).
  • Boleh mencarum pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Cara Dan Saluran Pembayaran

Terdapat empat cara dan saluran pembayaran :

  1. Perbankan Internet (Pemindahan wang secara elektronik)
  • MBSB Bank*
  • MAYBANK (M2u)
  • RHB Bank*
  • PUBLIC BANK
  • Bank Muamalat
  • Alliance Bank*
  • Hong Leong Bank*
  • Bank Islam*
  • Cimb Bank

*Kemudahan bayaran secara berulang disediakan.

2. Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank

*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.

3. Ejen Bank Berdaftar

4. Kaunter KWSP 

  • Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Had Bayaran

Berikut adalah had bayaran kepada ahli KWSP i-Saraan :

  • Minimum (RM sahaja) : Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Maklumat Lanjut

Sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungi di talian : 03-89226000

ATAU

Sila ke portal rasmi KWSP di pauntan ini : www.kwsp.gov.my

Baca juga : Cara Semak Status Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Lulus Atau Tidak

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.