Advertisements

Cara Daftar Maybank2u Secara Online

Advertisements

Di zaman teknologi sekarang ini, perbankan diatas talian adalah sangat penting. Ini kerana banyak transaksi kewangan yang berjumlah besar dilakukan secara talian.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pengguna akaun bank melakukan transaksi tanpa perlu mengeluarkan wang tunai di ATM atau kaunter.

Bukan sekadar transaksi saja boleh dilakukan secara online, bahkan untuk melakukan pemindahan wang, tambah nilai kredit, semak baki dan juga pembanyaran lain turut juga boleh dilakukan tanpa perlu ke cawangan bank.

Ini sangat menjimatkan masa dan tenaga pengguna akaun bank. Segalanya hanya dihujung jari saja dengan hanya menggunakan smartphone atau komputer.

Disini kami ingin kongsikan cara dan langkah-langkah untuk mendaftar Maybank2u secara online.

Syarat Untuk Mendaftar

Antara syarat-syarat yang anda perlu tahu:

  • Pemilik akaun Simpanan Maybank
  • Memiliki card ATM / Debit Maybank
  • Memiliki nombor telefon yang berdaftar di Maybank untuk TAC

Cara Daftar Maybank2u

Anda perlu pergi ke cawangan Bank Maybank yang berdekatan untuk memohon borang daftar online Maybank2u di kaunter atau melalui mesin ATM Maybank.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kemudian ikuti 2 langkah ini untuk mendaftar online Maybank2u:

  1. Daftar TAC no telefon untuk Maybank2u
  2. Membuat pendaftaran akaun Maybank2u secara online

Baca juga: Cara Buat Kad ATM Maybank Secara Online Sahaja!

Cara Daftar TAC Maybank2u Di Nombor Telefon

  1. Pilih bahasa yang diingini.

2. Masukkan kad ATM Maybank dan nombor PIN.

3. Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts.

4. Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC.

5. Masukkan nombor telefon anda, pastikan nombor telefon betul. Pilih YA.

6. Selesai.

Cara Aktif Maybank2u Di Talian

Selesai saja mendaftar nombor telefon untuk TAC Maybank2u, kini anda barulah boleh mendaftar akaun Maybank2u secara talian.

  1. Buka maybank2u.com.my pada browser Chrome, Mozilla, Opera atau Safari bebas sahaja.

2. Pada sudut kanan atas klik Register Now.

3. Pada kolom tu masukan 16 nombor kad ATM/Debit anda.

4. Masukan juga 6 nombor PIN anda, klik Continue.

5. Masukan username dan password yang anda mahu sekurang-kurangnya 8 askara dengan mengunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.

6. Masukan email.

7. Klik butang Request TAC untuk mendafkan kod TAC. Kod TAC akan dihantar ke nombor telefon Anda. Masukan kod TAC tu kedalam ruangan TAC. Klik Next.

8. Masukan gambar keselamatan, isi security phrase dan Memorable Question, klik Done.

Kini anda boleh membuat semak baki akaun Maybank dan transaksi secara online tanpa perlu ke cawangan bank yang berdekatan. Melalui perbankan online ini anda juga boleh membuat transaksi lain seperti bayar bil elektrik dan air, top up kredit dan lain lain lagi.

Untuk maklumat yang lebih jelas sila lihat video penuh dibawah ini.

Semoga maklumat yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Sumber: Maybank

Baca juga: Cara Buat Kad Debit / ATM Maybank Guna Gambar Sendiri

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.