Advertisements

Cara Daftar myBSN Online Banking (2021)

Advertisements

Di waktu pandemik ini, banyak institusi bank sudah mula memperkenal sistem pendaftaran akaun secara online. Antara bank yang sudah melaksanankannya ialah BSN dan cara daftar myBSN online mudah sahaja!

Bila dah ada akaun online, lebih mudah kita nak semak baki akaun, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan kita sendiri.

Cara Daftar myBSN Online Banking

Pastikan sebelum membuat akaun online, anda sudah mempunyai akaun simpanan dengan BSN, kad ATM BSN dan PIN ATM.

Baca juga: Permohonan Inisiatif Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5,000 BSN

Ikut saja langkah di bawah ini:

LANGKAH 1 & 2

Mula-mula, sila ke portal laman rasmi myBSN dan klik pada FIRST TIME REGISTRATION
Link : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

LANGKAH 3

Pastikan anda telah membaca kesemua terma & syarat yang ditetapkan oleh BSN dan tekan  pada kotak ruangan ACCEPT dan tekan butang NEXT.

LANGKAH 4 & 5

Isi no. kad bank anda beserta no CVV2 (iaitu nombor 3 digit) yang terletak di belakang kad anda.

Masukkan tarikh luput kad di ruangan EXPIRY DATE.

LANGKAH 6

Masukkan no kad pengenalan pada kotak yang disediakan dan tekan butang NEXT untuk ke halaman seterusnya.

LANGKAH 7 – 9

Masukkan USERNAME dan PASSWORD yang anda inginkan. Syarat PASSWORD mesti melebihi 8 angka atau abjad.

Masukkan PASSWORD yang sama di ruang CONFIRM NEW PASSWORD.

Tekan REQUEST OTP dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dengan memasukkan no kod OTP dan tekan butang CONFIRM.

Pilih satu imej pilihan dalam ONLINE IMAGE sebagai pengesahan semasa setiap kali anda login myBSN.

Akhir sekali, tekan butang SUBMIT.

Baca juga: Permohonan SBBS 2021: Skim Bakti Bantuan Persekolahan Koperasi Tentera

Cara Login myBSN Internet Banking Kali Pertama

Jika pendaftaran anda berjaya, ianya akan dipaparkan pengesahan pendaftaran dan anda perlu LOGIN semula dengan menggunakan USERNAME dan PASSWORD yang anda daftarkan tadi.

Ikuti langkah di bawah untuk LOGIN buat kali pertama :

  1. Pergi ke laman web rasmi BSN online.
  2. Masukkan USERNAME yang telah didaftarkan dan klik butang LOGIN.
  3. Sebelum masukkan PASSWORD, pastikan ONLINE IMAGE adalah gambar yang betul seperti yang didaftarkan.
  4. Setelah berjaya masuk buat pertama kali, anda bolehlah mengemaskini maklumat peribadi anda.
  5. Buat sekuriti tambahan dengan pilih soalan rahsia anda, dan sertakan sekali jawapan bagi setiap soalan yang anda pilih.

Terlupa USERNAME dan Password myBSN Online

Jika anda terlupa USERNAME, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan

Jika anda terlupa PASSWORD, anda cuma perlu klik FORGOT PASSWORD dan masukkan butiran kad dan pin.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan berkenaan myBSN Online Banking, anda boleh:

  1. Emel ke [email protected]
  2. Hubungi: 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.