Advertisements

Cara Daftar OKU Secara Online (2021) – MyDaftarOKU

Advertisements

Daftar OKU bagi orang kurang upaya sangat penting kerana banyak kelebihan yang boleh mereka dapat.

Ya sememangnya banyak kelebihan! Jangan disebabkan malu dengan ‘title’ OKU pada anak atau keluarga, mereka tidak dapat bantuan yang sepatutnya mereka terima.

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) hanya dibuat secara sukarela dengan mendaftarkan diri di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian yang berdekatan atau secara online sahaja!

Pendaftaran OKU akan akan membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan di samping menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan, NGO dan badan-badan kebajikan.

Kategori OKU Yang Boleh Didaftarkan

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan 7 kategori OKU seperti berikut:

  1. Kurang Upaya Pendengaran
  2. Kurang Upaya Penglihatan
  3. Kurang Upaya Pertuturan
  4. Kurang Upaya Fizikal
  5. Kurang Upaya Mental
  6. Kurang Upaya Pelbagai (bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.)
  7. Kurang Upaya Pembelajaran (termasuk Sindrom Down, ADHD, Disleksia, Autisme dan sebagainya)

Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran, iaitu:

  1. Global Developmenl Delay (GDD),
  2. Sindrom Down.
  3. Intelektual.
  4. Autisme (Autism Spectrum Disorder),
  5. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD);
  6. Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.

Kelebihan Mendaftar OKU

OKU yang bertaraf warganegara Malaysia adalah digalakkan dan disarankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendaftar diri sebagai OKU secara sukarela.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Antara tujuan pendaftaran OKU adalah untuk:

  1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;
  2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan
  3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

Baca juga: Cara Daftar Booster Vaksin Dos Penggalak

Bantuan-bantuan OKU Bakal Dapat

Bagi yang telah mendaftarkan diri sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di bawah ini antara senarai bantuan yang bakal diterima:

  1. Bantuan Kewangan (Bantuan Am) -bayaran bulanan berbeza mengikut negeri
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  3. Bantuan bagi OKU yang tidak berupaya bekerja
  4. Bantuan penjagaan OKU Terlantar
  5. Geram Pelancaran
  6. Bantuan Alat Tiruan / Alat sokongan
  7. Pengurangan Lesen Kenderaan Motor kepada Kadar RM2.00 bagi Kenderaan Nasional Tanpa Ubahsuai dan RM1.00 bagi Kenderaan yang Diubahsuai
  8. Potongan harga sebanyak 50% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua pengangkutan awam dan potongan 50% penerbangan domestik bagi Malaysia Airline (MAS) (tidak termasuk pembelian secara online)
  9. Program Pendidikan Nasional
  10. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Sekolah
  11. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT
  12. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas
  13. (PPK) di Politeknik/Kolej Komuniti
  14. Saluran Khas Bagi Pengambilan OKU Di IPTA
  15. Peluang Pemulihan/Latihan di Institusi Pemulihan/Latihan kepada OKU
  16. Pengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat di SSM
  17. Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
  18. Kadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL)
  19. Potongan Harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNB
  20. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
  21. Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian
  22. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)

Baca Juga: Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online

Cara Daftar OKU Dengan Pejabat JKM

Bagi pemohon yang ingin mendaftarkan diri sebagai OKU mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan dan boleh menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian yang berdekatan.

Bagi orang kurang upaya yang ingin memohon sebagai OKU berdaftar dengan JKM boleh mengisi boleh Borang Permohonan Pendaftaran OKU (Orang Kurang Upaya) ini.

Terdapat 4 jenis pendaftaran OKU:

1 – Daftar OKU Kali Pertama

Pendaftaran kali pertama memerlukan dokumen seperti di bawah untuk dihantarkan kepada JKM.

  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
  • Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

2 – Pendaftaran Semula

Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011.

Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.
Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:

  • Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.  Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);
  • OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas.

3 – Ubah Kategori / Sub Kategori OKU

Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.

4 – Penggantian Kad

Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:

  • Kad OKU rosak/ hilang
  • Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan
  • Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis

Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.

Cara Daftar OKU Online (MyDaftarOKU)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menambahbaik sistem sedia ada dengan mewujudkan pendaftaran OKU secara online.

Sistem ini bukan sahaja memudahkan pemohon malah ianya selari dengan Strategik 8: Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang menggariskan tentang keperluan mewujudkan pangkalan data OKU dan sistem maklumat yang komprehensif bagi meningkatkan pendaftaran OKU.

Disamping itu, di waktu wabak pandemik yang melanda negara kini, adalah wajar untuk melaksanakan sistem pendaftaran secara online bagi mengurangkan orang ramai berkumpul seterusnya mengelakkan penularan wabak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian, 03-8323 1656 / 03-8323 1658.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.