Advertisements

Cara Daftar Online Banking Bank Islam

Apakah Maksud Online Banking?

Advertisements

Online banking atau dalam bahasa melayu nya ialah perbankan atas talian (perbankan internet) adalah kaedah perbankan berasaskan web yang membolehkan pelanggan bank menyelesaikan urus niaga hanya di laman web bank yang dilanggani.

Hampir semua bank telah menawarkan khidmat online banking bagi memudahkan urusan seharian pelanggan termasuklah Bank Islam.

Baca juga: Cara Daftar Maybank2u Secara Online

Dengan mendaftar sebagai pelanggan dalam talian akaun Bank Islam, ianya akan memudahkan urusan harian anda seperti pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun atau lain-lain tanpa membuang masa beratur panjang di ATM atau cawangan Bank Islam. Lebih pantas dan cepat!

Syarat Kelayakkan Pendaftaran Online Bank Islam

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang berdaftar
  • Akaun individu atau Pemilik Tunggal
  • Kad ATM Asas Bank Islam atau Kad Debit
  • Mempunyai PIN ATM 6 digit atau yang telah diaktifkan

Cara Daftar Bank Islam Secara Online

Setelah syarat kelayakan anda dipenuhi, ikuti langkah dibawah ini:

  • Baca Terma dan Syarat Akses dan Perkhidmatan Perbankan Internet
  • Tandakan kotak semak untuk menandakan penerimaan anda terhadap Terma Dan Syarat Akses dan Perkhidmatan Perbankan Internet kemudian klik Continue untuk meneruskan ke halaman seterusnya
This image has an empty alt attribute; its file name is image-84-1024x520.png
  • Masukkan 16 digit Nombor Kad ATM Bank Islam atau nombor Kad Debit anda
  • Masukkan PIN ATM 6 digit anda dan klik Continue untuk meneruskan ke halaman seterusnya
  • Setelah pengesahan berjaya, sahkan Nama Pelanggan dan maklumat IC/ID yang dipaparkan pada skrin sebelum meneruskan untuk memasukkan kelayakan Perbankan Internet anda
  • Masukkan ID Pengguna pilihan anda (antara 6-10 aksara abjad angka tanpa ruang)
  • Masukkan Kata Laluan Internet pilihan anda (antara 8-18 aksara abjad angka tanpa ruang)
  • Sahkan semula Kata Laluan Internet anda
  • Masukkan emel anda
  • Masukkan Nombor Mudah Alih anda (seperti yang dikemas kini dalam rekod Bank)
  • Masukkan Private Word pilihan anda (antara 1-20 aksara abjad angka)
  • Pilih Imej Peribadi pilihan anda
  • Pilih Soalan Rahsia pilihan anda daripada senarai juntai bawah
  • Masukkan Jawapan Rahsia pilihan anda (antara 1-20 aksara)
  • Klik butang Submit untuk mendaftar

Nota:

1. Setelah lengkap pendaftaran, klik Log Masuk untuk melihat baki akaun anda dalam talian.
2. SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar untuk TAC.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sumber: Bank Islam

Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah & Bank Islam




Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.