Advertisements

Cara Daftar Sebagai Peniaga Di Lazada

Advertisements

Selain aplikasi Shopee, Lazada juga adalah salah satu platform pembelian online yang terkenal di Malaysia dan antarabangsa.

Melalui aplikasi Lazada, anda juga boleh membeli dan menjual barang di Lazada sama seperti platform pembelian secara online yang lain.

Namun bagi menjalankan aktiviti pembelian dan jualan di Lazada, anda haruslah mendaftarkan akaun di Lazada terlebih dahulu.

Disini kami ingin kongsikan cara untuk mendaftarkan akaun sebagai peniaga di aplikasi Lazada. Berikut adalah cara-cara mendaftar akaun di Lazada.

Baca juga: Cara Untuk Daftar Perniagaan Di Shopee

Bagaimana Cara Untuk Mendaftar Sebagai Peniaga?

  1. Buka laman web Lazada.com.my kemudian klik pada bahagian ‘Sell On Lazada’ seperti yang tertera di dalam gambar di bawah. 

2. Kemudian pilih SIGN UP AS MARKETPLACE SELLER dan tekan butang “CLICK HERE

3. Seterusnya terdapat tiga jenis seller di Lazada iaitu Lazmall Seller, Local Seller dan LazGlobal Seller. Anda boleh pilih bahagian Local Seller untuk memulakan perniagaan anda.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

4. Seterusnya anda perlu isi segala data maklumat yang diperlukan di halaman Seller Center ini. Pastikan anda mengisi nombor telefon anda dengan betul supaya pihak Lazada dapat menghantar kod verifikasi sama ada akaun anda itu valid atau tidak.

5. Kemudian isi nama kedai yang anda rasa sesuai dan menarik untuk pelanggan membeli di kedai anda.

6. Okay, akaun pun sudah siap didaftar. Seterusnya anda perlu klik Upload Product untuk meletakkan gambar produk jualan anda.

7. Bagi peniaga yang memilih “Individual Seller” anda tidak perlu risau akan pendaftaran SSM. Anda boleh saja daftar terlebih dahulu akaun sebagai peniaga di Lazada dan set up kedai online anda.

Apabila sudah mendapat pesanan pertama barulah anda daftarkan kedai anda di SSM.

Boleh baca syarat kelayakan peniaga dalam Lazada dibawah:

Sekarang boleh lah anda mulakan perniagan di Lazada. Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber: LAZADA

Baca juga: Geran Usahawan Mikro Sehingga RM10,000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.