Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi tahun 2023. Tahniah buat calon yang mendapat tawaran pengajian ke Tingkatan 6.
Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), anda boleh membuat pendaftaran STPM 2023 dalam tempoh yang ditetapkan.
Oleh itu, segala pendaftaran STPM 2023 bagi SEMUA JENIS CALON boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Berikut dikongsikan info lanjut tentang pendaftaran SPTM 2023.
Baca juga : Pendaftaran Program Upskilling For Deeptech & Future Skills Sabah

Tempoh Pendaftaran
Calon boleh membuat pendaftaran STPM bagi tahun 2023 secara online sepanjang tempoh pendaftaran berlansung pada :
- Tarikh Buka : 1 Ogos 2022 (Isnin)
- Tarikh Tutup : 30 Ogos 2022 (Selasa)
Cara Buat Pendaftaran Online STPM
Calon boleh membuat pendaftaran STPM tahun 2023 secara online di https://online.mpm.edu.my
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Pendaftaran calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta dibuat oleh sekolah atau institusi.
calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hanya boleh membeli PIN MEC secara online sahaja melalui pautan: https://mypay.com.my/web/mpm
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran STPM tahun 2023, sila emel ke [email protected]
Baca juga : Tawaran Biasiswa Penuh FGV Kepada Pelajar Lepasan SPM 2021