Advertisements

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Tunai Umrah

Advertisements

Jika sebelum ini vaksin dos penggalak hanya boleh didaftarkan kepada komorbid, frontliner dan warga emas, kini bagi mereka yang merancang untuk menunaikan ibadat umrah namun terhalang akibat daripada pengambilan vaksin Sinovac yang tidak diiktiraf Arab Saudi juga boleh memohon.

Satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah telah di tambah seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitternya.

Mereka yang bercadang untuk menunaikan umrah perlu mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19 dan ianya boleh dimohon menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in.

Baca juga: Cara Mohon Dan Semak Kelayakan Skim Mesra Usia Emas

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) menerusi laman Twitter menunjukkan cara untuk memohon dos penggalak bagi tujuan umrah atau untuk penerima yang layak melalui paparan video dan grafik.

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera

Pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:

  1. Tekan Helpdesk
  2. Mula
  3. Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
  4. Pilih G dan mengisi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak Secara Walk In

KKM juga memaklumkan bahawa individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara ‘walk-in’.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.

Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

Pendaftaran secara ‘walk-in’ ini akan dilaksanakan bagi:

  • Individu yang layak pemberian dos penggalak;
  • Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu;
  • Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19;
  • Individu yang terlepas janji temu vaksin; dan
  • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi

Namun begitu, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:

  1. Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;
  2. Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
  3. Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;
  4. Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;
  5. Ibu mengandung; dan
  6. Keperluan ke luar negara

Senarai PPV Yang Menyediakan Perkhidmatan Walk-In

Bermula 22 November 2021 ini, orang ramai yang ingin mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dos penggalak ini boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walk-in, telefon atau email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.