Advertisements

Cara Daftar Vaksin Untuk Ahli Keluarga / Orang Lain Melalui MySejahtera

Advertisements

Untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 anda perlulah mendaftarkan diri di dalam aplikasi MySejahtera. Seperti yang kita tahu, aplikasi MySejahtera hanya boleh dimuat turun di telefon pintar sahaja.

Tetapi bagaimana pula bagi ahli keluarga yang tidak mempunyai telefon pintar yang mahu mendaftar vaksinasi di MySejahtera? Jangan risau! Bagi ahli keluarga yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, ikuti cara ini.

Kini anda sekarang boleh mendaftarkan ahli keluarga atau orang untuk pengambilan vaksinasi Covid-19 bagi yang tiada MySejahtera.

Cara Daftar Vaksin Guna MySejahtera

Untuk pendaftaran guna menerima Vaksin COVID, anda boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera yang telah anda miliki, berikut adalah panduan daftar vaksin COVID di aplikasi MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera di hanpdhone anda.
  2. Tap/klik COVID19 Vaccination.
  3. Tap/klik Vaccine for (Nama anda).
  4. Sahkan maklumat diri anda dan lalu klik Confirm. Jika maklumat yang anda masukkan salah, sila klik Edit.
  5. Tekan Click Here.
  6. Sila jawab soalan yang diberikan atau terpapar di skrin dan klik Hantar.
  7. Anda akan menerima maklumat yang menunjukkan bahawa pendaftaran yang anda buat telah berjaya dilakukan.

Baca juga: Cara Tukar No Telefon Di MySejahtera (Tanpa Padam Akaun Sedia Ada)

Cara Daftar Vaksin Untuk Ahli Keluarga / Orang Lain

Berikut adalah cara dan langkah untuk mendaftar vaksin Covid-19 untuk ahli keluarga atau orang lain melalui aplikasi MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera di hanpdhone Anda.

2. Tap / klik COVID19 Vaccination.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Klik Add Vaccine Dependent. Untuk menambahkan orang lain menerima vaksin COVID-19.

4. Klik Add Vaccination Dependent.

5. Sila lengkapkan butir-butir kandungan. Klik Save.

6. Question, sila jawap semua soalan dengan betul, kerana soalan tersebut sangat penting. Klik Submit.

7. Selepas itu nama tanggungan untuk pendaftaran vaksin akan keluar, sila klik nama tanggungan untuk melihat maklumat secara detail.

Untuk maklumat: Sijil Vaksin MySejahtera Bermasalah, Mungkin Tak Buat Proses Verifikasi Ini

Sumber: MySejahtera

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.