Advertisements

3 Cara Dapatkan Penyata Simpanan Bank Islam Dengan Mudah

Advertisements

Dengan adanya perkhidmatan perbankan Bank Islam ini, secara tidak lansung dapat memudahkan kita untuk melakukan urusniaga kewangan seharian seperti transfer, topup, bayar bil dan lain-lain.

Bukan setakat transaksi kewangan sahaja boleh dilakukan melalui atas talian (online) bahkan boleh juga mencetak penyata bank melalui online.

Ini sangat memudahkan perniaga untuk merekod keluaran masuk wang di akau simpanan mereka.

Tetapi bagi yang tidak mempunyai akaun bank secara online, anda boleh memohon penyata melalui cawangan bank yang terdekat.

Disini terdapat 3 cara untuk mendapatkan penyata bank simpanan anda antaranya adalah:

Baca juga: Permohonan Moratorium PEMULIH: Penangguhan Bayaran Balik 6 bulan

1. Cara Semak Penyata Bank Islam Secara Online

Menerusi perkhidmatan Bank Islam Internet Banking kini anda boleh mendapatkan penyata bank secara atas talian (online).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Anda boleh semak penyata bank Islam berdasarkan bulan penyata yang di inginkan.

Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan penyata bank islam secara atas talian (online).

  • Masukkan USER ID dan PASSWORD Anda.
  • Klik My Accounts.
  • Pilih E-Statement > Download.
  • Pilih Account/Card.
  • Pilih bulan penyata yang ingin di Muat turun (Download).
  • Klik Buka (Open) untuk melihat penyata.

Baca juga: Cara Daftar Online Banking Bank Islam

  • Klik Simpan (Save) untuk simpan penyata bank.

2. Cara Cetak Penyata Bank Melalui Mesin ATM Bank Islam

Kebanyakan pengguna Bank Islam pasti tahu bahawa melalui mesin ATM juga, kita boleh cetak penyata bank.

Bagi pemengang akaun yang tidak mengetahui cara untuk mencetak penyata bank, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Masukkan kad ATM Bank Islam
  2. Pilih Bahasa Melayu
  3. Masukkan PIN ATM Bank Islam Anda, pilih Teruskan
  4. Pilih Bank Islam
  5. Pilih Khidmat Penyata
  6. Pilih Penyata Mini
  7. Pilih Cetak
  8. Sila ambil penyata mini yang keluar pada mesin ATM

Nota: Walaupun penyata mini ini boleh di cetak di mesin ATM, namun ianya hanya boleh dicetak sehingga 7 transaksi sahaja.

3. Cara Dapatkan Penyata Bank Di Cawangan Bank Islam

Untuk mendapatkan penyata bank, anda hanya perlu pergi ke cawangan Bank Islam berdekatan dengan membawa beberapa dokumen seperti:

  • Buku simpanan / buku bank
  • IC / Kad Pengenalan
  • Kad debit Bank Islam

Apabila tiba di cawangan bank yang berdekatan, beritahu pegawai bank bahawa anda ingin cetak penyata bank.

Nota: Caj akan dikenakan untuk setiap cetakan penyata bank.

Cara Langgan Penyata Bank Islam Elektronik

Untuk melanggan penyata bank Islam setiap bulan melalui email, anda boleh ikuti langkah seperti dibawah ini:

  • Layari web bank Islam di https://www.bankislam.biz/
  • Kemudian masukkan User ID dan Password
  • Klik My Accounts > E-Statement > Maintenance
  • Pilih New Status, klik Subscribe
  • Klik Request i-Access Code (IAC)
  • Kod IAC akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang telah didaftar.
  • Masukkan kod IAC untuk menyelesaikan proses transaksi
  • Klik Confirm

Cara Berhenti Melanggan E-Penyata Elektronik

Untuk menghentikan langganan penyata bank di emel, anda boleh ikuti cara dibawah ini:

  • Pergi ke laman https://www.bankislam.biz
  • Masukkan User ID dan Password
  • Klik My Accounts > E-Statement > Maintenance
  • Pilih New Status, klik Un-Subscribe
  • Klik Request i-Access Code (IAC)
  • Kod IAC akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang telah didaftar.
  • Masukkan kod IAC untuk menyelesaikan proses transaksi
  • Klik Confirm

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman portal rasmi Bank Islam

Baca juga: Cara Untuk Aktifkan Kad Debit Bank Islam

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.