Advertisements

Cara Dapatkan Surat Kuarantin Kendiri (Digital HSO) Di MySejahtera

Apakah Itu Digital HSO MySejahtera?

Advertisements

Home Surveillance Order (HSO) adalah surat kuarantin kendiri secara digital di MySejahtera untuk pengesahan tempoh kuarantin.

Ini kerana tiada lagi surat fizikal dan tidak perlu lagi surat Annex14 yang perlu diambil di Fasiliti Kesihatan.

Di sini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan surat kuarantin kendiri (digital HSO) di MySejahtera.

Baca juga: Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera,MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out

Arahan Kuarantin Kontak Rapat

Sekiranya anda kontak rapat dan diarahkan untuk kuarantin HSO melalui:

  • Pejabat Kesihatan
  • Notifikasi MySejahtera
  • Mengisyhtiharkan sendiri status kontak rapat melalui MySejahtera

Cara Melaporkan Ujian Kendiri Covid-19 Di MySejahtera

Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif atau tidak sah perlu dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk melaporkan ujian kendiri Covid-19:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Pilih ‘Ujian Kendiri COVID-19’.
  3. Tekan ‘Kemaskini Keputusan Ujian Kendiri’.
  4. Isikan butiran maklumat diri:
    • Nombor telefon
    • Nama penuh ikut IC
    • Alamat email
  5. Isikan butiran alamat / tempat kuarantin anda.
  6. Pilih tempat kit ujian kendiri diperolehi.
  7. Pilih jenis sampel yang anda jalankan.
  8. Pilih keputusan hasil dari ujian anda.
  9. Dan tekan “Hantar”
  10. Selesai
  11. Tunggu MySejahtera update Arahan Kuarantin anda secara digital di dalam aplikasi MySejahtera.

Tindakan Perlu Diambil Jika Ujian RTK Positif

Sekiranya ujian RTK kendiri anda positif, ini tindakan yang perlu anda lakukan:

  1. Kenal pasti gejala anda mengikut katagori umur dan kesihatan anda.
  2. Laporkan keputusan ujian anda di MySejahtera
  3. Surat Arahan Kuarantin (Digital HSO) akan diberikan secara automatik.
  4. Pastikan anda patuhi dan kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
  5. Laporkan status kesihatan anda setiap hari di aplikasi MySejahtera (HAT) sehingga tempoh pengasingan anda tamat.
  6. Sekiranya gejala anda semakin teruk, sila ke CAC.
  7. Maklumkan pada kontak rapat anda untuk mengisytiharkan mereka telah menjadi kontak rapat menerusi aplikasi MySejahtera masing.

Cara Dapatkan Surat Kuarantin Kendiri (Digital HSO) Di MySejahtera

Berikut merupakan cara untuk dapatkan surat kuarantin kendiri (digital HSO) di MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik Close, dan pada menu utama klik pada ‘COVID-19 Status’.
  3. Tekan butang start dan jawab semua soalan
  4. HSO digital akan diberikan kepada anda
  5. Status anda akan bertukar merah dan MySejahtera akan menunjukkan tempoh kuaratin
  6. Tangkap layar atau (Screenshot) HSO untuk simpanan anda atau diberikan kepada majikan sebagai pengesahan
  7. Selesai sahaja tamat tempoh mejalani kuaratin, anda akan diberikan pelepasan RO (Release Order) Digital melalui MySejahtera (dalam masa 24 jam)
  8. Tangkap layar atau (Screenshot) HSO untuk simpanan anda

Nota: Anda dikehendaki menjawab soalan HAT setiap hari sepanjang tempoh kuaratin sehingga tamat kuarantin.

Surat Pelepasan Kuarantin (RO)

Surat pelepasan kuarantin juga akan dapat secara digital setelah anda tamat menjalani tempoh kuarantin.

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu urusan anda.

Baca juga: Ini Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.