Advertisements

Cara Ikat Tie Sekolah

Advertisements

Cara ikat tie sekolah sangat berbeza dengan cara ikat tali leher orang dewasa. Ini kerana untuk mendapatkan kekemasan ikatan tali leher, ianya bergantung kepada banyak faktor.

Cara ikat tali leher sangat penting supaya pemakaian nampak kemas dan leher anda sentiasa ada ruang untuk bernafas dengan ikatan yang tidak berapa ketat dan terlalu longgar.

Memandangkan persekolahan telah pun di buka pada Fasa 4 setiap negeri, pasti anda sedang mencari cara ikat tie sekolah bukan? Atau anda sedang bersedia untuk temu duga juga pasti ingin belajar cara ikat tali leher dengan kemas.

Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai cara ikat tali leher, apa kata kita ketahui dahulu jenis-jenis tali leher yang wujud di dunia ini dan mana satukah yang akan anda ingin gunakan mengikut kesesuaian acara

Jenis-jenis Tali Leher

Antara jenis tali leher yang boleh dipakai untuk pemakaian dan acara tertentu adalah seperti berikut:

  1. Tali Leher
  2. Tradisional
  3. Skinny Tie
  4. Bowtie
  5. Western Bowtie
  6. Ascot Tie
  7. Bolo Tie

Baca juga: Permohonan DFI SME Corp: Pembiayaan Digital Sehingga RM500,000

Tips Pemilihan Tali Leher

Tips pemilihan tali leher sangat penting supaya pemakaian yang anda kenakan untuk dipakai bersama dengan tali leher sesuai dan padan. Ikuti tips pemilihan tali leher di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1 – Kepanjangan Tali Leher

Hujung tali leher yang dipakai mestilah betul-betul berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle). Jika terlalu pendek anda boleh gunakan teknik ikatan Four-in-Hand manakala jika terlebih panjang boleh gunakan teknik ikatan Windsor.

2 – Saiz Tali Leher Yang Betul

a) Untuk yang bertubuh besar, gunakan tali leher lebar, jika bertubuh kurus gunakan tali leher jenis skinny tie. Kebiasaannya lebar 3 inci hingga 3.75 inci (7.5 cm hingga 9.5 cm) untuk pemakai bersaiz sederhana.

b) Panjang Bergantung kepada pemakai tetapi mestilah cukup untuk menyentuh kepala talipinggang selepas diikat

4 – Jenis Ikatan

Ikatan yang sesuai adalah ikatan yang mengikut jenis kolar. Bukaan kolar kurang lebar atau berbutang gunakan ikatan Four-in-Hand, untuk bukaan kolar sederhana lebar, gunakan ikatan Half-Windsor dan bukaan kolar lebar sesuai dengan ikatan Windsor.

5 – Warna Tali Leher

Padankan warna tali leher dengan baju seperti berikut:

  • Baju baju kosong + tali leher kosong : Pilih tali leher berwarna lebih gelap berbanding baju (walaupun warna sama)
  • Baju bercorak + tali leher kosong : Pilih tali leher yang berwarna sama dengan salah satu warna dalam corak baju yang dipakai atau pilih warna yang dominan.
  • Baju bercorak + tali leher bercorak : Pilih tali leher bercorak lain berbanding corak baju atau mempunyai nisbah serta saiz corak yang berlainan

Baca juga: Cara Daftar OKU Secara Online (2021) – MyDaftarOKU

Jenis-Jenis Ikatan Tali Leher Yang Popular

1 – Four In Hand

Ikatan ini merupakan ikatan tali leher yang paling terkenal serta paling mudah dihasilkan. Simpulan yang dihasilkan adalah bersaiz kecil dan tidak simetri.

Ia sesuai digunakan untuk pemakaian jenis smart casual dan digalakkan untuk baju yang berkolar tajam serta mempunyai bukaan rapat. Kolar berbutang atau buttoned down juga sesuai dengan ikatan jenis ini.

Jika tali leher anda terlalu pendek, ikatan ini sesuai untuk memanjangkan tali leher kerana ikatan ini menggunakan sedikit bahagian simpulan.

Cara mengikat Four in Hand adalah seperti berikut:

2 – Half Windsor

Ikatan Half Windsor juga merupakan salah satu teknik ikatan yang popular. Ikatan yang dihasilkan adalah simetri, seimbang serta sesuai untuk kebanyakan acara profesional.

Simpulan yang bersaiz sederhana besar padan dengan kolar yang memiliki bukaan sederhana lebar. Saiz ikatannya lebih besar daripada Four in Hand tetapi lebih kecil daripada Full Windsor.

Ikatan Half Windsor boleh dihasilkan berpandukan langkah-langkah berikut:

3 – Windsor Knot

Teknik Windsor Know merupakan teknik yang dapat menghasilkan ikatan yang rapi dan simetri. Simpulan Windsor adalah berbentuk segitiga bersaiz besar dan padan dengan kolar yang lebar bukaannya.

Tali leher yang digunakan untuk ikatan Windsor perlulah 4 cm atau 1.6 inci lebih panjang berbanding tali leher biasa. Jadi jika anda ikatan tali leher anda terlalu panjang, teknik ini paling sesuai.

Untuk acara-acara formal/rasmi terutamanya mesyuarat dengan orang-orang berkepentingan, Windsor Knot merupakan ikatan yang sering menjadi pilihan.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menghasilkan Windsor Knot:

2. Shell Knot

Ikatan Shell (Shell Knot) atau Pratt Knot ini sesuai untuk pemakaian formal, kasual atau bisnes kasual. Ia merupakan teknik ikatan lama yang menghasilkan simpulan yang bersaiz kecil dan simetri.

Ikatan ini digalakkan untuk disesuaikan dengan kola baju yang bersaiz kecil dan tajam. Anda yang bertubuh kurus juga sesuai dengan ikatan ini.

Untuk langkah-langkah mengikat Shell Knot, rujuk gambar di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.