Advertisements

Cara Isi Nama Di Senarai Menunggu Untuk Dapatkan Dos Penggalak Di PPV

Advertisements

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan, Malaysia telah mengurangkan selang suntikan penggalak vaksin COVID-19 daripada 6 kepada 3 bulan untuk kebanyakan jenis vaksin. Selang 3 bulan untuk penggalak terpakai kepada orang dewasa (18 tahun dan ke atas) yang telah divaksin sepenuhnya dengan Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, Moderna, Sinopharm dan CanSino Bio.

Dengan pengumuman baru-baru ini, kebanyakan orang dewasa yang telah diberi vaksin sepenuhnya sebelum September 2021, akan diberi suntikan dos penggalak.

Buat masa ini aplikasi MySejahtera akan memberi keutamaan kepada warga emas serta individu yang mempunyai komorbiditi.

Manakala bagi mereka yang bukan daripada kategori ini, anda tidak perlu mendaftar kerana temujanji akan dibuat secara automatik melalui MySejahtera.

Sebelum ini tular di laman Twitter seorang pengguna berkongsi bagaimana dan lokasi untuk mendapatkan pemberian vaksin dos penggalak secara ‘walk in’ termasuk di lokasi PPV di bawah ProtectHealth.

Namun begitu, info terbaru yang diumumkan oleh ProtectHealth melalui Twitter rasmi adalah kepada mereka yang ingin mendapatkan segera vaksin dos pengalak disarankan untuk mendaftarkan nama di senarai menunggu.

Siapakah ProtectHealth

ProtechHealth adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah KKM. ProtectHealth diberi tanggungjawab untuk menyelaras, mentadbir dan mengurus inisiatif berkaitan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti yang dimandatkan oleh KKM termasuk pengurusan pemberian vaksin.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Isi Nama Di Senarai Menunggu Untuk Dapatkan Dos Penggalak Di PPV

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapatkan penggalak anda jika anda belum menerima temujanji.

  1. Layari laman web ProtectHealth di http://www.protecthealth.com.my dan cari PPV di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find
  2. Cari PPV pilihan anda yang didaftarkan di bawah ProtechHealth. Senarai PPV akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  3. Telefon PPV pilihan anda untuk mendaftar. Selain itu, boleh juga menghantar e-mel atau pergi ke PPV pilihan tersebut untuk membuat pendaftaran.
  4. Individu yang layak dinasihatkan untuk mendaftar nama di satu (1) PPV fasiliti kesihatan swasta sahaja untuk mengelakkan kekeliruan.
  5. Mereka yang berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

Mereka yang telah menerima janji temu MySejahtera:

  • Dapatkan vaksin dos penggalak mengikut janji temu yang telah ditetapkan.
  • Jangan mendaftar nama dalam mana-mana senarai menunggu.

Selain itu, terdapat juga pusat vaksinasi (PPV) offsite, yang turut disenaraikan di laman web ProtechHealth, dengan kapasiti antara 500 hingga 3,000 dos penggalak diberikan setiap hari termasuk Paradigm Mall, KL Gateway Mall, Subang Parade, IOI City dan MINES 2.

Kos Mendapatkan Dos Penggalak Di PPV Swasta

Pendaftaran untuk dimasukkan ke dalam senarai menunggu di PPV fasiliti kesihatan swasta di bawah ProtechHealth adalah PERCUMA.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan dan makluman lanjut boleh hubungi +603-8687 2525 atau emel ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.