Advertisements

Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera,MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out

Advertisements

Umum mengetahui bahawa aplikasi MySejahtera mula diperkenalkan selepas dunia dilanda wabak Covid-19 sekitar dua tahun lalu.

Aplikasi ini diwujudkan bagi tujuan membantu penularan wabak Covid-19 di seluruh negara dan memudahkan rakyat Malaysia untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara kendiri.

Aplikasi ini seringkali di tambah baik bagi memudahkan pengguna menggunkannya.

Terbaharu, aplikasi berkenaan kini mempunyai satu ciri tambahan yang dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan Covid-19.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KN) menerusi ciapan di Twitter.

Menurut beliau, ciri baharu ini boleh dimuat turun mulai 26 Disember.

Mengulas lanjut, KJ berkata bahawa ciri ini menggantikan fungsi check-out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

Ini kerana ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

Beliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

“Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,” katanya.

Untuk mengemaskini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera, boleh ikuti langkah berikut;

  • Buka aplikasi MySejahtera
  • Klik check-in, paparan fungsi MySJ Trace akan dipaparkan
  • Tekan butang MULA
  • Tekan butang SETUJU
  • Sila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ Trace
  • Tetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Baca juga: Cara Mohon Penangguhan Bayar Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.