Advertisements

Cara Kemaskini Data SSM Guna EzBiz

Advertisements

EzBiz ialah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membolehkan pengguna melakukan pendaftaran baharu, mendaftar perubahan, memperbaharui dan menamatkan pendaftaran perniagaan.

Baca juga: Cara Daftar / Renew SSM Online Melalui ezBiz SSM 2020

Cara Kemaskini Maklumat Perniagaan Menggunakan EzBiz

Untuk menggunakan sistem ezBiz, anda perlulah daftar ezBiz terlebih dahulu. Berikut adalah cara untuk mengemaskini maklumat perniagaan anda dengan menggunakan EzBiz:

  • Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  • Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan.
  • Klik bahagian ‘My Business Service
  • Pilih ‘Business Change’
  • Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  • Sila pilih perniagaan dalam senarai ‘Select Business’.
  • Berikut ialah perubahan yang boleh dilakukan:

Perubahan Alamat Perniagaan:

  1. Tandakan kotak (Changes of Principal Business Address)
  2. Isikan tarikh perubahan.
  3. Sila isikan alamat utama perniagaan yang baharu dan alamat surat-menyurat yang baharu.

Perubahan Jenis Perniagaan:

  1. Tandakan kotak (Changes in Type of Business)
  2. Isikan tarikh perubahan.
  3. Isikan semua jenis perniagaan yang terkini dalam kotak ‘Business Description’
  4. Klik ‘Add Business Code’ atau butang untuk memadam kod yang sedia ada.

Perubahan Maklumat Cawangan:

  1. Tandakan kotak (Changes of Particulars on Branches)
  2. Isikan tarikh perubahan.
  3. Isikan perubahan cawangan dan klik ‘Insert/Update’ atau klik untuk menutup cawangan yang sedia ada.

Perubahan Maklumat Pemilikan:

  1. Tandakan kotak (Changes of Business Ownership Information)

Menambah rakan kongsi:

Isikan Mykad No. rakan kongsi dan klik ‘Add New Partner’.

Mengeluarkan Rakan Kongsi:

  1. Klik butang Action (simbol pensil)
  2. Kemaskini alamat (jika ada) dan pilih ‘PULL-OUT’ di bahagian ‘Amendment Type’. Isikan tarikh perubahan, kemudian klik ‘Update’.

Mengeluarkan Rakan Kongsi (Kematian):

  1. Klik butang (seperti dibawah).
  2. Kemaskini alamat (jika berkenaan) dan pilih ‘DECEASED’ di bahagian ‘Amendment Type’.
  3. Isikan tarikh kematian pada ruangan ‘Amendment Date’.
  4. Klik ‘Choose File’, muat naik Sijil Kematian sebagai dokumen sokongan pada bahagian ‘Supporting Document’ .
  5. Kemudian klik ‘Update’.

Kemaskini Maklumat Pemilik (Alamat Kediaman Dan Nombor Telefon):

  1. Kemaskini maklumat diri sendiri (Lodger).
    ➢ Isikan maklumat terkini pemilik dan klik ‘Update’.
  2. Kemaskini maklumat rakan kongsi.
    ➢ Isikan maklumat terkini dan pilih ‘UPDATE ADDRESS’.
  3. Kemudian klik ‘Update.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut mengenai EzBiz anda boleh ke:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Skim Iltizam Anak Selangor 2022 – Cara Mohon

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.