Advertisements

Ketahui Cara Kenal Pasti Jangka Hayat Telur

Advertisements

Terdapat cara untuk mengenal pasti jangka hayat telur yang dibeli di kedai.

Sudah tentunya, kita ingin memastikan telur yang dibeli tersebut adalah telur yang segar dan tidak busuk.

Ini kerana, pemilihan telur yang segar amat penting untuk pastikan makanan yang dimasak juga adalah segar.

Namun, ramai yang tidak mengetahui cara untuk mengenal pasti jangka hayat telur yang dijual di pasaran.

Dikongsikan di sini adalah tips untuk mengenalpasti jangka hayat telur yang dibeli.

Segar

Untuk mengetahui tahap kesegaran telur tersebut, telur tersebut mestilah direndam di dalam air.

Jika telur tersebut tenggelam dan terbaring rata, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa telur tersebut adalah telur yang segar dan sesuai untuk dimakan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1 Minggu

Setelah direndam telur tersebut, jika telur tersebut senget dan naik ke atas sedikit, kita dapat ketahui bahawa telur tersebut telah lebih seminggu.

Walaupun telur tersebut masih boleh dimakan, namun telur tersebut dikategorikan sebagai kurang segar.

3 Hingga 4 Minggu

Jika telur yang direndam menunjukkan ia menegak ke atas, telur tersebut telah berusia 3 hingga 4 minggu.

Sekalipun telur tersebut masih boleh di makan, namun telur tersebut dikategorikan sebagai tidak segar.

Busuk

Apabila telur yang direndam tersebut terapung, ini menunjukkan bahawa telur tersebut telah busuk.

Anda dinasihatkan untuk tidak memakan telur tersebut bagi mengelakkan berlakunya pelbagai komplikasi penyakit yang lain.

Sumber: Facebook https://www.facebook.com/tanyaDrSyid

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.