Advertisements

GCR 2021: Cara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat)

Advertisements

Melalui belanjawan 2022 yang dibentang kerajaan hari ini, kerajaan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50% atau 80 hari di bawah Inisiatif 2, Kebajikan Penjawat Awam.

GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat mereka.

Bagi anda yang bekerja sebagai penjawat awam di Malaysia dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 Tahun, boleh rujuk jadual di bawah untuk formula pengiraan GCR.

Baca juga: Tarikh Cuti Penggal Sekolah / Cuti Akhir Tahun 2021

Contoh pengiraan di atas ialah untuk Penebusan Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 120 hari bagi sepanjang perkhidmatan (maksimum 150hari)

Melalui Belanjawan 2022, Penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 80 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dianggarkan seperti di bawah:

Sebagai contoh :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Gaji Akhir + Imbuhan = 5000
  • Jumlah cuti rehat terkumpul selepas 15 tahun perkhidmatan = 80 Hari

Formula:

1/30 x Cuti Rehat dikumpul melebihi 75 hari x Gaji Akhir + Imbuhan Tetap

Oleh itu,

1/30 x 80 hari x RM5000 = RM13,333.33

Melalui formula yang diberikan, jumlah wang melalui GCR yang bakal anda dapati ialah RM13,333.33. Namun formula ini adalah formula rujukan pada tahun 2020.

Selain daripada pengumuman berkaitan GCR ini, penjawat awam juga bakal mendapat beberapa insentif lain seperti di bawah melalui Belanjawan 2022:

  • Bayaran insentif RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14.
  • Gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.
  • Bantuan Khas Kewangan: 1.3 juta Gred 56 dan ke bawah RM700 dan 1 juta pesara RM350.

Baca intipati Belanjawan 2022 di sini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2022, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.