Advertisements

Cara Kuatkan Imuniti Badan, Elak Dijangkiti Covid-19

Advertisements

Risau dengan jangkitan Covid-19 yang semakan hari semakin meningkat sejak dengan mendadak tempoh empat bulan yang lalu.

Malah lebih membimbangkan apabila Menteri Kesihatan menjangkakan akan ada peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang di negara ini.

Menurut Menteri Kesihatan jangkaan tersebut berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron ketika ini.

Jadi orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi SOP bagi mengelakkan jangkitan virus berbahaya tersebut.

Oleh itu, disini kami ingin kongsikan beberapa cara untuk menguatkan imuniti badan untuk elak terkena jangkitan virus COVID-19.

Baca juga: Permohonan MyICE: Geran Pertubuhan Berdaftar Sehingga RM10,000

1. Banyakkan Makan Sayur

  • Perbanyakkan sayur dalam makanan seperti sayur brokoli, bayam, halia, kunyit, ubi keledek oren dan bawang putih.
  • Selain itu anda juga digalakan memperbanyakkan pengambilan buah-buhan seperti buah jambu batu, oren dan epal.

2. Makan Yogurt

  • Bagi menguatkan imuniti badan dan juga kesihatan usus, anda di galakkan untuk kerap memakan makanan yang beryogurt atau probiotics.

3. Elak Makanan Segera Dan Tinggi Gula

  • Elakkan dengan pengambilan kerap makanan segera seperti mee segera, McD, KFC, Burger King dan seangkatan dengan nya.
  • Serta makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti air bergas (soft drink), kopi, coklat ais, boba dan sebagainya.

4. Dedah Diri Dengan Cahaya Matahari

  • Lakukan senaman pagi sekurang-kurangnya 6-8 minit di bawah cahaya matahari setiap hari untuk mendapatkan vitamin D.
  • Ini kerana vitamin D sangat bagus untuk badan kita.
  • Antara waktu yang terbaik untuk mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari adalah pada pukul 9 – 10 pagi.

5. Uruskan Stres Dengan Baik

  • Menguruskan emosi juga salah satu faktor dalam kesihatan diri. Jadi pastikan anda menguruskan stres anda dengan betul.

6. Elakkan Merokok Dan Alkohol

  • Elakkan dalam pengambilan minuman alkohol dan juga merokok yang boleh menyebabkan kerosakan paru-paru.

7. Ambil Vitamin C

  • Pastikan anda mengambil vitamin C tidak melebihi 2000mg setiap hari.
  • Selain daripada pengambilan pil vitamin C, anda juga boleh memakan buah oren yang banyak kerana didalamnya terdapat kandungan vitamin C.

Baca juga: Cara Daftar Dan Semak Kelayakan Pembiayaan Pinjaman LPPSA

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.