Advertisements

Cara Lajukan Laptop Lama Tanpa Modal Besar

Advertisements

Boleh dikatakan zaman kini, ramai orang mempunyai laptop ataupun komputer riba. Lebih-lebih lagi di zaman pandemik ini ramai orang yang bekerja dari rumah ramai orang membeli laptop baru mahupun ‘secondhand’.

Namun begitu komputer riba ‘secondhand’ kadang kala mempunyai spesifikasi yang lama menjadikan prestasi dan kelajuan komputer terbabit perlahan.

Jika anda merupakan salah seorang yang mengalami masalah ini, artikel ini adalah untuk anda kerana kami akan kongsikan kepada cara lajukan laptop lama anda tanpa modal besar.

Sebelum kami memberitahu lebih mendalam, marilah kita kenal dahulu apakah itu HDD dan SSD dan antara SSD vs HDD, yang mana lebih baik?

Beza HDD dan SSD

Pernah anda dengar apa itu SSD dan HDD? Secara amnya, SSD dan HDD merupakan storan utama untuk PC. Namun, tahukah anda betapa beza jurangnya antara storan tersebut?

HDD bermaksud hard-disk drive. Sebuah mekanisma yang berupaya mengawal posisi pembacaan dan penulisan oleh hard-disk. Di mana ia menjadi tempat penyimpanan data. HDD diguna secara meluas pada komputer, laptop, telefon pintar dan lain-lain.

HDD mempunyai pelbagai komponen di dalamnya, namun ia juga mempunyai motor yang berpusing secara mekanikal. Motor ini digunakan untuk memusingkan platters yang menyimpan data pada beribu-ribu pusingan setiap minit. Semakin tinggi RPM, semakin tinggi pretasinya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

SSD pula bermaksud solid-state drive di mana ia merupakan penyimpan media data dalam memori kilat solid-state. Dua kunci utama pembentukan SSD ialah pengawal kilat dan memori kilat NAND. Kilat yang dimaksudkan adalah kelajuan sepantas kilat.

Jadi penghasilan SSD ini merupakan teknologi baharu yang boleh membekalkan kelajuan bacaan dan penulisan data dalam satu tempoh masa tanpa perlu motor. Kecekapan yang tinggi dan pretasi yang sangat hebat. SSD juga dikenali sebagai flash-drive  atau solid-state disk.

Dari segi boot-up Windows, penggunaan SSD pada laptop mampu memendekkan tempoh untuk menghidupkan komputer sehingga 2-3 kali ganda lebih cepat. Dari segi gaming pula, tempoh loading dan pemprosesan boleh sehingga 2-4 kali ganda kelajuannya.

Baca juga: Cara Refund Duit Kad Touch n Go Yang Rosak, Hilang, Expired

Cara Lajukan Laptop Lama

Kesimpulan yang boleh diambil di sini ialah untuk melajukan kembali laptop lama anda, anda boleh menukarkan HDD laptop anda kepada SSD.

Rujukan: Intel

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.