Advertisements

Cara Laporkan Ujian Kendiri Covid-19 Untuk Tanggungan Di MySejahtera

Advertisements

Wabak penyakit Covid-19 ini bukan sahaja menyerang orang dewasa atau orang tua malah kanak-kanak juga boleh terkena jangkitan wabak ini.

Jika anak-anak atau tanggungan anda disahkan positif COVID-19, ini perkara yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) tanggungan di Aplikasi MySejahtera.

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk melaporkan ujian kendiri Covid-19 untuk tanggungan anda di Aplikasi MySejahtera.

Baca juga: Fasa Peralihan Ke Endemik: Amalkan Langkah Cegah Covid-19

Cara Laporkan Ujian Kendiri Covid-19 Untuk Tanggungan

Sebelum anda boleh mengemas kini keputusan ujian kendiri untuk tanggungan anda, pastikan anda telah menmbah tanggungan anda sebagai “Vaccine Dependent”

Berikut merupakan cara-cara untuk melaporkan ujian kendiri Covid-19 untuk tanggungan anda:

  • Klik ikon “COVID-19 Vaccination”
  • Klik “Add Vaccine Dependent”
  • Tambah tanggungan anda sebagai “Vaccine dependent
  • Kembali ke laman utama MySJ.
  • Klik “COVID-19 Self Report”
  • Pilih update “COVID-19 Result”
  • Klik nama tanggungan yang anda mahu kemas kini keputusan ujian.

Cara Kuarantin Di Rumah Atau Kediaman Sendiri

Sekarang semua hanya menggunakan digital HSO. Bagi mereka yang tidak mempunyai MySejahtera sahaja yang akan diberi gelang dan HSO bertulis.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Oleh itu, anda hanya perlu isytihar dalam MySejahtera dan serta boleh dapatkan digital HSO disitu.

Hanya perlu Screenshot dan beri kepada majikan. Oleh itu, itu majikan PERLU TERIMA dan TIDAK BOLEH TOLAK kerana ada didalam SOP MKN.

Sila rujuk infografik di bawah untuk pemantauan kendiri semasa kuarantin di rumah:

Baca juga: Tempah Janji Temu Dos Penggalak Di Aplikasi MySejahtera Bermula 21 Mac

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.