Advertisements

Cara Mematikan Duti Setem LHDN

Apa Itu Duti Setem?

Advertisements

Duti Setem adalah Taksiran dan Pungutan Duti Setem yang diperuntukkan di bawah undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.

Duti Setem dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Surat cara didefinisikan sebagai setiap dokumen bertulis dan pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan.

Surat cara yang dikenakan duti adalah surat cara yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Orang yang dikenakan duti adalah orang seperti yang disenaraikan di bawah Jadual 3 Akta Setem 1949.

Jenis Duti

Duti setem terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Duti Ad Valorem

Duti dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan. Duti ad valorem (mengikut nilai) boleh dikenakan.

2. Duti Tetap

Duti dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara.

Baca juga: Belanjawan 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan

Cara Mematikan Duti Setem

Terdapat dua cara untuk matikan atau membatalkan setem surat perjanjian, sama ada anda haruslah ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengisi borang online di kaunter, hantar dan tunggu giliran untuk matikan setem atau pergi ke pejabat pos.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Antara dokumen yang diperlukan untuk mematikan duti setem adalah:

  1. Perjanjian Pembatalan Pelupusan.
  2. Surat pembayaran balik duti setem bersama dokumen sokongan atau dokumen rasmi lain yang dapat membuktikan pembatalan pelupusan / transaksi jualan berkenaan.
  3. Surat akuan persetujuan pelupus dan pemeroleh bagi permohonan bayaran balik atas bayaran di bawah subseksyen 21B(1) atau (1A) ACKHT 1976.

Cara Pertama:

Untuk mematikan Duti Setem secara online, anda perlu mengisi borang online menggunakan aplikasi LHDN Malaysia yang bernama ‘Digital Franking’.

Langkah-langkahnya:

  1. Muat turun aplikasi terlebih dahulu.

2. Kemudian isi borang tersebut dengan maklumat berkenaan.

3. Apabila sudah siap, klik butang ‘Simpan/SAVE’.

4. Anda akan menerima sebuah kod seperti (kod QR).

5. Akhir sekali ambil nombor giliran untuk proses matikan setem.

Apabila tiba di kaunter, anda hanya perlu tunjukkan kod QR tersebut kepada pegawai. Seterusnya bolehlah mematikan setem surat perjanjian dan membuat bayaran.

Cara Kedua:

  • Anda perlu membeli setem di pejabat pos dengan harga RM10.
  • Kemudian pergi ke pejabat yang boleh boleh mematikan setem tersebut antaranya adalah:
    1. Pejabat Tanah.
    2. Pejabat Imegresen.
  • Kemudian setem ini akan di cop di pejabat tersebut.

Contoh setem yang dicop di Pejabat Pos:

Baca juga: Geran Agropelancongan Perikanan: Pembiayaan Sehingga RM200 ribu

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.