Advertisements

6 Cara Membezakan Antara Emas Tulen Dan Palsu

Advertisements

Semakin hari semakin banyak permintaan terhadap emas. Bukan sahaja di guna pakai sebagai barang perhiasan wanita malah emas juga adalah satu pelaburan masa hadapan yang sangat menguntungkan.

Sehinggakan orang ramai sanggup merentas daerah atau negeri semata-mata untuk membeli emas di kedai-kedai yang menjual emas dengan tawaran harga yang rendah. Tetapi kita harus juga berwaspada pada penjualan emas yang terlalu murah ini kerana kemungkinan ada penipuan tentang keaslian emas tersebut.

Untuk memastikan sama ada emas yang anda beli itu tulen atau tidak, disini kami ingin kongsikan kepada anda cara untuk membezakannya.

Baca juga: Daftar i-Invest: Skim Pelaburan Pencarum KWSP

1. Uji Emas Dengan Magnet

  • Magnet adalah cara paling mudah untuk memastikan sama ada emas anda tulen atau palsu.
  • Jika emas anda tidak tertarik antara satu sama lain maka emas itu adalah tulen.
  • Jika emas yang anda beli itu terlekat pada magnet maka emas itu adalah palsu. Kemungkinan emas itu bercampur dengan logam atau besi.

2. Perbezaan Warna

This image has an empty alt attribute; its file name is image-34.png

Bagi segi warna pula, boleh dibuat melalui berbezaan warna.

  • Warna emas tulen akan lebih sekata berbanding emas palsu.
  • Kebiasaannya emas palsu akan sedikit luntur pada sesuatu tempat dan perbezaan ini boleh dilihat melalui kanta pembesar.

3. Menggunakan Iodin

Iodin juga boleh digunakan untuk menentukan emas tulen atau palsu.

  • Emas tulen tidak akan terkesan jika disapu atau dititikkan dengan cairan kimia Iodin.
  • Sebaliknya, jika emas palsu tersebut ia akan meninggalkan kesan pada emas tersebut.

4. Berkesan Apabila Digigit

Ini adalah kaedah konvensional yang tidak pasti akan keberkesannya, tetapi boleh dicuba.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Emas tulen bersifat lembut, jadi ia akan meninggalkan kesan apabila digigit.
  • Manakala emas palsu akan sedikit susah untuk digigit kerana sedikit keras.

5. Timbang Berat Emas

Jika anda perasan, terdapat ukiran berat pada ‘gold bar’.

  • Jadi ambil emas itu dan timbang.
  • Catit beratnya dan bandingkan perbezaan sama atau tidak dengan berat yang diukir di atas ‘gold bar’ tersebut.
  • Ini kerana logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran kerana emas tulen adalah logam paling padu.

6. Goreskan Pada Seramik

  • Goreskan permukaan emas pada seramik.
  • Jika terdapat kesan hitam pada emas tersebut bermakna emas itu adalah palsu.

Semoga dengan perkongsiaan ini membantu anda untuk membezakan antara emas tulen dan emas palsu agar tidak tertipu semasa pembelian kelak.

Baca juga: Cara Refund Duit Kad Touch n Go Yang Rosak, Hilang, Expired

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements