Advertisements

Cara Memulakan Perniagaan Di Lazada

Advertisements

Umum ketahui aplikasi Lazada adalah platform beli belah online yang popular dan sering di lawati oleh masyarakat seluruh negara untuk membeli keperluan harian.

Jika anda berhajat untuk memulakan perniagaan online di aplikasi Lazada, anda perlulah mendaftarkan diri sebagai peniaga di Lazada dahulu. Cara daftar sebagai peniaga di Lazada mudah sahaja. Boleh rujuk sini.

Selepas anda mendaftarkan akaun sebagai peniaga di Lazada, anda hanya perlu memuat naik gambar-gambar produk anda sebagai bukti perniagaan anda. Ikuti caranya di bawah ini.

Bagaimanakah cara untuk memuat naik gambar produk perniagaan?

  1. Cara untuk muat naik gambar produk pertama anda di dalam kedai online Lazada adalah anda perlu menekan butang “Add the first product” seperti yang tertera di gambar bawah.

2. Untuk halaman yang seterusnya, terdapat empat bahagian yang anda perlu isi iaitu :

  • Basic Information
  • Details Description
  • Price & Stock
  • Service & Delivery

Untuk bahagian pertama iaitu bahagian Basic Information, anda perlu memuat naik gambar produk, meletakkan nama produk dan juga memilih kategori produk jualan yang tersenarai.

3. Bahagian kedua pula ialah Details Description. Didalam kolum yang disediakan anda perlulah mengisi segala infomasi tentang produk jualan anda secara terperinci dan lebih jelas.

4. Di bahagian Price & Stock pula anda perlu mengisi harga, saiz produk, jumlah stok dan pelbagai lagi disini. Pastikan anda mengisi kesemuanya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

5. Di bahagian yang terakhir iaitu bahagian Service & Delivery pula anda perlu memasukkan saiz dimensi produk dan berat produk anda.

Selain itu, anda juga boleh nyatakan sama produk yang dijual berbahaya atau tidak. Setelah siap mengisi segala maklumat dan berpuas hati, anda bolehlah menekan butang “Submit“. 

Tahniah! Kini produk anda telah berjaya di siarkan di dalam Lazada. Anda boleh terus melihat produk jualan anda bersiaran lansung di halaman Lazada.

Mudahkan cara untuk memulakan perniagaan di Lazada? Kini produk jualan anda sudah boleh dibeli oleh pelanggan di seluruh pelusuk negara.

Sekian saja langkah dan cara untuk memulakan perniagaan anda di Lazada. Semoga informasi dan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sumber: Lazada

Baca juga: Cara Semak Dan Bayar Cukai Tanah Setiap Negeri Secara Online

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.