Advertisements

7 Cara Mengenalpasti Madu Asli Dan Tiruan

Advertisements

Madu merupakan satu makanan yang banyak manfaatnya dari segi kesihatan. Selain sumber makanan madu juga boleh dijadikan sebagai sumber perubatan.

Terdapat pelbagai jenis madu yang dijual di kedai mahupun pasaraya. Tetapi tidak semua madu yang dijual itu adalah 100% asli.

Madu asli bermaksud madu yang dihasilkan oleh lebah sepenuhnya tanpa ada campuran gula manakala madu tiruan pula kebiasaannya dihasilkan melalui campuran 30% madu asli dan 70% gula. Disini kami ingin mengongsikan cara untuk mengenalpasti beza antara madu asli dan tiruan.

Baca juga: Cara Bersihkan Sayur Dan Ulaman Daripada Kotoran

Berikut adalah cara-cara untuk memastikan madu itu 100% asli atau tiruan.

1. Bentuk Hexagon Pada Sarang Lebah Dalam Air

Caranya:

  • Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata.
  • Masukkan air kosong (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas yang rata.
  • Kemudian pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan.
  • Pusing selama 1 minit sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon.
  • Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama madu asli.

Nota:
1. Kadangkala bentuk hexagonnya seperti bentuk sarang lebah dan kadangkala tidak seperti sarang lebah tetapi masih lagi berbentuk hexagon.
2. Jika tiada bentuk hexagon kemungkinan madu itu tidak asli atau di campur dengan gula.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kredit: Madu Tualang Asli Syair Timur

2. Air Kosong

Caranya:

  • Masukkan air kosong ke dalam gelas kaca yang lutsinar.
  • Kemudian titiskan sedikit madu ke dalam air.
  • Lihat madu asli akan terus turun ke dasar cawan manakala madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai ke dasar cawan.

3. Guna Kertas Putih

Caranya:

  • Titiskan sedikit madu ke atas kertas putih.
  • Jika madu asli kebiasaannya tidak akan meresap dan tidak basah dipermukaan kertas malah akan mengekalkan bentuk titisan tersebut.
  • Jika madu tiruan maka madu akan merebak di permukaan kertas dan basah serta tidak mengekal bentuk titisan tersebut.

4. Tuang Atas Pasir

Caranya:

  • Titiskan madu atas pasir, jika asli ia tidak akan ‘merebak’. Ini kerana madu asli bersifat padat dan likat.
  • Madu tiruan pula akan ‘merebak’ kerana kandungan air di dalamnya.

5. Semut Akan Hinggap

Caranya:

  • Tuangkan sedikit madu ke bekas atau kertas.
  • Kemudian biarkan beberapa minit atau jam sehingga semua datang.

Nota:
1. Madu asli mempunyai aroma yang kuat serta rasa manis semulajadi madu tersebut tidak digemari oleh semut.
2. Manakala madu tiruan digemari oleh semut kerana baunya yang manis dan ada gula.

6. Merasa Dengan Lidah

  • Jika anda sudah biasa merasa lebih 50-100 kali madu asli, maka lidah anda tidak akan tertipu lagi selepas itu.
  • Ini cara paling mudah dalam asas pengujian perbezaan antara madu asli dan tiruan.

7. Menggunakan Api

  • ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin.
  • Apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu.
  • Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Baca juga: Cara Untuk Melegakan Kesakitan Senggugut Ketika Haid

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements