Advertisements

Cara Mohon Bantuan Awal IPTA/IPTS MAIDAM 2022

Advertisements

Bagi penduduk dan pemastautin yang menetap di negeri Terengganu serta ingin melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara kini anda boleh memohon Bantuan Awal Pengajian Dalam dan Luar Negara daripada Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Objektif utama pelaksanaan bantuan awal pengajian ini diberi adalah untuk meringankan beban para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajian anak-anak mereka ke pusat pengajian.

Baca juga: Permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS Tahun 2022

Kategori Kelayakan Pemohon

Berikut merupakan kategori kelayakan pemohon mengikut peringkat pelajaran:

  • Sijil.
  • Matrikulasi.
  • Asasi.
  • Diploma.
  • Ijazah.
  • Ijazah Sarjana Muda.
  • Sarjana (Master).
  • Doktor Falsafah (PhD).

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Januari 2022.

Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini:

  • Golongan asnaf dan miskin.
  • Rakyat negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu.
  • Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  • Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.
  • Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
  • Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri dan tidak bekerja.
  • Permohonan perlu dihantar dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon yang tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

Dokumen Yang Diperlukan

Sebelum membuat permohonan pastikan anda sudah menyediakan dokumen seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Surat tawaran belajar yang rasmi.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  • Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
  • Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ penjaga. * Penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja.
  • Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  • Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
  • Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
  • Slip permohonan.

Cara Mohon Bantuan Awal IPT MAIDAM

Berikut adalah merupakan cara permohonan bantuan awal IPT dalam dan luar Negara:

  • Lengkapkan butiran berikut.
  • Setelah lengkap klik pada Simpan, kemudian Log Masuk kembali untuk membuat permohonan
  • Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses.
  • Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
  • Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan awal IPT MAIDAM, anda boleh layari di laman web rasmi MAIDAM

Baca juga: BangKIT YPU Terengganu: Pembiayaan Mikro Sehingga RM20,000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.