Apakah Itu EFS?
EFS atau Endowment Fund Sarawak merupakan simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal perniagaan kecil-kecilan.
Bantuan ini diberi kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Baca juga: 28 Initiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
Jumlah Bantuan EFS
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah berjumlah RM1000 dalam bentuk simpanan.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak.
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemohon pemegang MyKAD berstatus ‘K’.
- Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh 1 tahun selepas kelahiran.
Bagi Kategori Anak Angkat:
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’.
- Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.

Cara Mohon Bantuan
Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak dengan membawa:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu borang EFS- Muat turun Borang Permohonan EFS.
- Kemudian hantar borang tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.
- Kemudian JPN akan menghantar borang pendaftaran pemohon ke Bank Islam pada setiap 2 minggu.
- Bank Islam akan proses borang pendaftaran pemohon.
- Bank Islam akan menghantar pemakluman pendaftaran ke alamat pemohon.
- Siji asal boleh dituntut di Bank Islam atau di cawangan yang dilampirkan disurat pemakluman tersebut.
Dokumen Sokongan
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon:
- Satu (1) salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
- Satu (1) salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
- Satu (1) salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
- Satu (1) borang EFS yang diisi lengkap.
Proses Semakan Pendaftaran
Proses pendaftaran akan di ambil selama 14 hari atau 2 minggu.
Maklumat Lanjut
Untuk mengenai lebih lanjut mengenai bantuan ini boleh hubungi KPWKK di 082-442050 atau layari laman web isarawakcare .
Baca juga: Permohonan Biz Man: Bantuan Peralatan Kecil Usahawan Lelaki & OKU