Sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan khususnya daripada keluarga berkategori B40.
Antara bantuan yang diberikan termasuklah bantuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).
BKPKK ini diberikan hanya untuk pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja, dan bantuan ini hanya untuk 2 semester.
Baca juga : Permohonan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Bagi Fasa 2 Kini Dibuka
Syarat Dan Kriteria Kelayakan Pelajar
Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar untuk mendapat BKPKK ialah:
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah daripada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil)
- Ibubapa/penjaga sah pemohon yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
- Pemohon perlu menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
- Pemohon perlu mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga
- Pemohon tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program
Kadar Bantuan Kewangan
Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua semester sahaja.
Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Oleh itu, pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1,800 sepanjang satu semester atau RM3,600 untuk dua semester/setahun.
Cara Buat Permohonan
Jika pemohon menepati syarat-syarat kelayakan, pemohon boleh membuat permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan:
- Pemohon mestilah mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
- Beri maklumat yang diperlukan.
- Hantar permohonan yang telah lengkap diisi.
Dimaklumkan juga bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan atau biasiswa lain sekiranya telah menerima BKPKK ini di bawah KPM.
Dalam masa sama, pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri menerima bantuan kewangan pada semester kedua.
Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, bantuan kewangan kini akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terperinci berkenaan BKPKK, sila layari laman sesawang portal Kementerian Pelajaran Malaysia atau
Hubungi di talian 010 – 431 2531.
Baca juga : PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun 2022