Advertisements

Cara Mohon Bantuan Khas ANIS Dan Bantuan Didik ANIS Selangor 2022

Advertisements

Untuk makluman, Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) ialah program-program untuk anak istimewa Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.

Program-program ANIS ini diwujudkan untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor.

Selain itu, dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.

Disini kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai bantuan ANIS dan jenis bantuan.

Baca juga : i-Perantau: Permohonan Bantuan Aidilfitri Perantau Terengganu

Mengenai Bantuan Khas ANIS

Bantuan Khas ANIS ialah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk :

  • Membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa dalam menampung kos pendidikan, terapi, peralatan, dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut.
  • Penerima bantuan khas ini akan menerima bantuan secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000.00 bagi satu keluarga.

Mengenai Bantuan Didik ANIS

  • Bantuan Didik ANIS adalah bantuan yang diberikan secara one-off kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  • Objektif pelaksanaan bantuan ini diwujudkan adalah untuk:
    • Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan EIP di negeri Selangor.
    • Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaik taraf keperluan di pusat tersebut
    • Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima EIP dengan lebih berkesan dan sistematik.

Jenis Bantuan ANIS

Berikut terdapat dua jenis bantuan ANIS yang di tawarkan iaitu :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Bantuan Khas ANIS
  2. Bantuan Didik ANIS

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi Bantuan ANIS :

  1. Bantuan Khas ANIS

– Akan dimaklumkan oleh pihak EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga Negeri Selangor.

2. Bantuan Didik ANIS

– Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.

– Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

Tarikh Permohonan Bantuan ANIS

Permohonan Kedua-dua bantuan ini akan dibuka secara talian mulai :

  • 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022

Cara Mohon bantuan ANIS Selangor

Bagi pemohon yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan melalui pautan yang tertera disini https://www.anisselangor.com/ pada tarikh pembukaan permohonan kelak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bantuan ANIS, anda boleh melayari laman web rasmi ANIS di https://www.anisselangor.com/

Baca juga : Bayaran Bantuan JKM Pada Bulan Mei 2022 Diawalkan Sempena Aidilfitri

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.