Advertisements

Cara Mohon Bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022

Advertisements

Tahukah anda bahawa MARA menyediakan kemudahan pembiayaan buat para peniaga di Malaysia?

Bagi ahli perniagaan yang tidak mempunyai modal wang untuk mengembangkan perniagaan, boleh lah memohon pembiayaan MARA ini.

Untuk mengetahui lebih dalam mengenai bantuan pembiayaan MARA ini, anda boleh baca perkongsian maklumat dibawah ini.

Baca juga: Permohonan S3P MARA: Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK UNTUK MEMOHON

Pemilik perniagaan yang dibenarkan untuk memohon bantuan pembiyaan ini adalah:

  1. Milikan tunggal (Enterprise)
  2. Perkongsian/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  3. Syarikat SDN BHD

SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat asa yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Berdaftar dengan SSM serta telah beroperasi lebih daripada 6 bulan
  4. Menjalankan perniagaan secara penuh masa (fulltime)
  5. Perniagaan yang mematuhi syariah
  6. Bebas dari senarai hitam (black list) MARA.

CARA MOHON PEMBIAYAAN MARA

Sebarang permohonan pembiyaan MARA boleh dibuat melalui atas talian (online) menerusi portal rasmi Majlis Amanah
Rakyat (MARA)
melalui dua langkah iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Langkah 1 – Pilih E-Perkhidmatan
  • Langkah 2 – Pilih MyUsahawan

Atau boleh juga terus ke aplikasi permohonan di https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/

Namun begitu pemohon juga perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA

HAD MAKSIMUM PEMBIYAAN YANG DIPOHON

Berikut adalah had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan:

  1. PUTRA – had maksimum adalah sehingga RM10,000.00
  2. Skim OKU – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
  3. SEMAi – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
  4. DanaNita – had maksimum adalah sehingga RM150,000.00
  5. Mobile Business (Food Truck/Karavan) – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  6. SPiM – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  7. SPiM Tekno – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  8. PUTEK – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  9. SPiKE – had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00
  10. MISA – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
  11. PRiN – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PEMBIYAAN MARA

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan MARA
adalah:

  1. Mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA (boleh didapati di skrin permohonan).
  2. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA)
  3. Perlu dihantar dalam masa tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan MARA ini, anda boleh ke Portal Rasmi MARA di link web ini https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/

Baca juga: Permohonan DanaNITA MARA: Skim Pembiayaan Perniagaan Wanita

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.