Advertisements

Cara Mohon Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang Fasa 2/2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bantuan Pendaftaran IPT Awam dan Swasta kini dibuka.

Tawaran bantuan ini dibuka hanya untuk pelajar yang menetap di Pasir Gudang sahaja.

Tawaran ini dibuka sehingga akhir bulan Jun 2022.

Baca juga: Cara Mohon Tawaran Biasiswa Pengajian Agama Dari Kerajaan Turki 2022

Untuk makluman, bantuan ini dibuka mengikut fasa.

Fasa Permohonan Program

Program ini mempunyai EMPAT fasa permohonan iaitu :

Fasa 1 : Permohonan bermula Januari sehingga Mac.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Fasa 2 : Permohonan bermula April sehingga Jun.

Fasa 3 : Permohonan bermula Julai sehingga September.

Fasa 4 : Permohonan bermula Oktober sehingga Disember.

Tarikh Permohonan Fasa 2

Permohonan bermula pada bulan April sehingga Jun.

Syarat Permohonan

Program ini juga mempunyai pra-syarat iaitu :

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah beralamat kediaman di kawasan Pasir Gudang sahaja.
  3. Permohonan hanya dibuat pada tahun pertama pengajian sahaja.
  4. Pemohon mestilah membuat pengesahan tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPT
  5. Pemohon dari keluarga yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,000.

Peringkat Pengajian Yang Layak

Tawaran bantuan ini hanya layak untuk pelajar yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran sepenuh masa ke peringkat :

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Kadar Bantuan

Penerima bantuan akan menerima bantuan sebanyak RM300 bagi setiap pelajar.

Cara Mohon Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang

Terdapat dua cara permohonan yang boleh dilakukan oleh pelajar, antaranya :

  1. SECARA MANUAL:
  • Sila dapatkan borang permohonan melalui pautan di berikut :

Borang Permohonan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang Fasa 2

  • Hantar ke pejabat Yayasan Pasir Gudang.
  • Kemudian kembalikan borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diminta pada tarikh yang ditetapkan.

2. SECARA TALIAN / ONLINE:

  • Permohonan boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan di berikut :

Borang Permohonan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang Fasa 2

  • Pemohon dikehendaki untuk muat naik salinan kad pengenalan diri, ibu bapa, slip gaji ketua isi rumah dan surat tawaran kemasukan IPTA/S.

Nota: Pemohon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan selewat-lewatnya pada Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:

No telefon : +(607) 254 7814

Email : [email protected]

Alamat : Aras 2, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang

Baca juga: RM29.91 juta Diperuntukan Untuk Bantuan Prihatin Pahang 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.