Advertisements

Cara Mohon Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Advertisements

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Skim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dan RM5 juta untuk tahun 2019 sehingga tahun 2022. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Program ini telah dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.

Sebagai penyedia pelaksana program, SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dan Hospital Serdang dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.

Berikut dikongsikan maklumat tentang Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Baca juga: Yayasan Terengganu- Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

Syarat Kelayakan Dan Kriteria Pemohon

Terdapat dua kategori kriteria permohonan iaitu :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

KATEGORI A :

Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).

  1. Warganegara Malaysia ; Lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
  2. Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  3. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
  4. Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).
    • Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan.
  5. Had pembiayaan :
    • Saringan Jantung.
    • Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1).
    • Rawatan Susulan (maksimum 2 kali).
    • Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja .

KATEGORI B :

Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) dan Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.

  1. Warganegara Malaysia ; Lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
  2. Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  3. Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.
  4. Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).
    • Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor.
  5. Had pembiayaan :
    • Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)
    • Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)
    • Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.

Cara Mohon Bantuan Skim Rawatan Jantung

KATEGORI A

  • Pemohon merupakan ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor Sihat
  • Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaan
  • Permohonan boleh dihantar melalui emel ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.
  • Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
  • Pesakit perlu membawa Kad penenalan bagi mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke Panel Hospital).

KATEGORI B

  • Permohonan boleh dihantar melalui emel ke SELCARE atau email ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI B.
  • Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon

Cara Semak Status Permohonan

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan dengan menghubungi SELCARE di talian 1-800-22-6600.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022, sila hubungi ;

No Telefon : 1-800-22-6600
No Faks : 03 – 5525 6900
Emel : [email protected]

Website : https://pedulisihat.com

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas ANIS Dan Bantuan Didik ANIS Selangor 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.