Advertisements

Cara Mohon Bantuan Telefon Pintar Dan Pakej Internet Rakyat Percuma

Advertisements

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membuat pengumuman mengenai satu bantuan peranti mudah alih dan internet yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia menerusi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia.

Tujuan bantuan akses internet ini diberi adalah untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.

Di sini kami ingin kongsikan makluamat lebih lanjut mengenai bantuan telefon pintar dan pakej internet murah.

Ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah sebuah pakej prabayar baharu khusus bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah tanpa sebarang kekangan data.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Melalui pakej ini para pelajar dapat memanfaatkan:

  • Menikmati data 20GB untuk 3 bulan
  • Hanya RM10/sebulan dan dibayar untuk 3 bulan sebanyak RM30 untuk Internet asas tanpa had
  • Ditambah lagi 1GB percuma sebanyak 90GB untuk 3 bulan untuk aktiviti produktiviti

Bagi data 20GB pula, ianya boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video, penghantaran mesej, melayari internet, permainan dalam talian dan aktiviti berbentuk hiburan.

Manakala untuk data 1GB percuma setiap hari, ia boleh digunakan untuk pembelajaran atas talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Bagi pakej ini pula, ianya salah satu pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Ciri-ciri mengenai pakej ini adalah :

  • Langganan RM40/sebulan
  • Kontrak selama 12 – 24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti)

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN INI?

  • Golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah boleh menikmati tawaran pakej ini.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bantuan telefon pintar dan pakej internet percuma ini adalah selama enam(6) bulan bermula pada :

  • 15 Oktober 2021 – 15 April 2022

CARA MOHON BANTUAN

Pemohon yang berminat untuk membuat permohonan melalui pakej yang diperkenalkan, anda perlu menghubungi syarikat komunikasi yang terlibat seperti : 

Baca juga: BPTAR: Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman RM300 Sebulan

SYARAT DAFTAR

  • Remaja dan pelajar di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar dengan MyKad.
  • Pelajar yang melebihi 21 tahun perlu mendaftar dengan kad pelajar.

Nota: Adalah diharap agar golongan ini dapat memanfaatkan kemudahan dan melancarkan pembelajaran serta urusan seharian mereka.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila KLIK SINI atau layari portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Baca juga: Cara Mohon BKM Bujang 2022- Bantuan Tunai RM350-RM600

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements