Advertisements

Cara Mohon Biasiswa Ijazah Saujana Muda Pendidikan (ISMP) 2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi tahun 2022 akan dibuka secara talian pada 25 Mac 2022 ( Jumaat) jam 5:00 petang hingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5:00 petang.

Kepada calon yang berkelayakan dan berminat boleh lah memohon biasiswa ini secara talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan Biasiswa Pengajian Ijazah Saujana Muda Pengajian (ISMP) bagi tahun 2022.

Baca juga: Permohonan Program Pembiayaan Mikro Sehingga RM50,000

Kelayakan Bidang Pendidikan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Reka bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Khas
  • Dini
  • Matematik
  • Sejarah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Teknologi Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Automotif

Nota: Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan dan juga Pelajar Universiti Awam sahaja.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-119.png

Tarikh Permohonan Biasiswa ISMP

Permohonan akan dibuat didalam talian mulai di pautan di SINI:

  • Tarikh buka : 25 Mac 2022 (jam 5:00 petang)
  • Tarikh tutup : 22 April 2022 (jam 5:00 petang)

Syarat Permohonan Biasiswa ISMP

Antara syarat permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP adalah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan);
  • Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan;
  • Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
    memohon;
  • Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  • Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  • Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  • Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Cara Mohon Biasiswa ISMP

Berikut merupakan cara-cara permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP:

  • Permohonan secara dalam talian (online) yang telah ditangguhkan sebelum ini akan dibuka semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Biasiswa ISMP dibuka melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm mulai (Akan dikemaskini)
  • Permohonan Biasiswa ISMP yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon Biasiswa ISMP dipohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.
  • Pemohon Biasiswa ISMP adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  • Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Rujuk panduan permohonan di SINI
  • Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu.
  • Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
  • Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  • Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.
  • Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  • Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  • Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan Biasiswa ISMP sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang permohonan sila layari laman web dibawah ini:
https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

Atau boleh hubungi urus setia seperti berikut:

  • Puan Nur Izzati binti Marzuki : 03-8321 7149
  • Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman : 03-8321 7159
  • Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah : 03-8321 7157
  • Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113
  • Puan Nor Hazren binti Che Hassan : 03-8321 7138
  • Puan Siti Hajar binti Othman : 03-8321 7154

Baca juga: Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal (MAIPk) 2022 Kini Dibuka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.